Banner created with MyBannerMaker.com

10 October 2012

5 FiLeM PaLinG GaNaS DaN MenGeRiKaN


Adakah anda sukakan filem-filem ganas ? Adakah filem-filem seperti SAW dan Final Destination sudah cukup ganas bagi anda ? Jika anda fikir filem-filem tersebut sudah cukup ganas dan menakutkan bagi anda, anda pasti tidak tahan untuk menonton filem-filem yang saya senaraikan dalam entri kali ini. Filem-filem yang disenaraikan ini adalah berdasarkan review saya sendiri dan ianya jauh lebih ganas serta tidak ditayangkan di mana-mana pawagam. Filem-filem ini juga di banned kerana keganasan melampau.

5) Cannibal
  

Jangan keliru dengan tajuk filem kerana ini bukan filem cannibal yang lama tentang masyarakat asli yang masih jauh di pedalaman. Ini adalah filem canibal Jerman yang diterbitkan pada tahun 2006. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang mencari mangsa untuk dimakan. Filem ini juga diadaptasi berdasarkan sebuah kisah benar.

4) Grotesque


Grotesque (グロテスク Gurotesuku) Sebuah filem Jepun. Mengisahkan tentang sepasang kekasih yang diculik orang seorang lelaki sadistik. Selepas pasangan tersebut tersedar, mereka sudah berada di sebuah tempat yang gelap.Kemudian, bermulalah babak-babak penyeksaan yang ngeri.

3) Flower of Flesh and Blood


Guinea Pig 2: Flower of Flesh and Blood (ギニーピッグ2 血肉の華 Ginī Piggu: Chiniku no Hana) Filem ini juga merupakan sebuah filem Jepun. Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang berpakaian samurai yang menculik seorang perempuan dan kemudian membawa perempuan tersebut ke rumahnya. Selepas itu, lelaki tersebut mula memotong anggota badan perempuan tersebut.

2) Men Behind The Sun


Sebuah filem Hong Kong yang mengisahkan tentang tentera Jepun. Filem ini adalah gambaran grafik tentang kekejaman perang yang dilakukan oleh tentera Jepun di Unit 731 melalui eksperimen senjata biologi dan adalah rahsia Unit Tentera Imperial Jepun semasa Perang Dunia ke II. Butiran filem pelbagai eksperimen perubatan kejam seksaan dan uji kaji oleh Unit 731 yang dikenakan ke atas tahanan banduan Cina dan Soviet (Rusia) pada penghujung perang.

1) Philosophy Of A Knife


Philosophy Of A Knife adalah sebuah filem 2008 seram oleh Rusia. Ia meliputi Unit Tentera Jepun 731 dan filem yang menceritakan tentang sejarah sebenar tentang unit 731. Filem ini mengandungi temu ramah, gambar-gambar lama dan juga lakonan semula yang sangat mengerikan tentang kejadian-kejadian yang pernah berlaku di unit 731.

Filem-filem yang disenaraikan di atas adalah sangat ganas dan tidak sesuai ditonton oleh orang yang lemah semangat. Jika menonton filem-filem seperti SAW, Hostel ataupun Final Destination pun anda sudah tidak tahan, lupakan hasrat anda untuk menonton filem-filem ini kerana ianya jauh lebih ganas daripada apa yang anda pernah lihat. Semua babak-babak ngeri dipaparkan "on-screen"dan bukannya "off-screen" seperti filem-filem ganas yang lain.

No comments: