Banner created with MyBannerMaker.com

28 April 2011

AnDai TakDiR MenJeLmA

"..takdir & ketentuan.."

sayangi sebuah perkenalan
kerana di situ ada kenangan
sayangi sebuah perhubungan
kerana di situ ada kerinduan
sayangi keduanya
kerana itu rahmat tuhan..

jika esok ku tidak terjaga
sayangku..kau jagalah diri
sentiasa ingatkan di hati
ku sentiasa di sisi..

andainya diri mu di himpit kesusahan
sujud dan mohonlah pada tuhan
agar di berikan bimbingan
meniti hidup bersendirian..

andai esok nafas ku terhenti
ingatilah diri ini
andai esok nadi ku mati
maafkanlah diri ini
hanya satu yang perlu kau tahu
aku gembira mengenali mu..

ikhlas dari hati ku…(^_^)


"..selama mana aku masih bisa bertahan,
selama mana aku masih bisa bernafas,
selama mana tuhan masih mengizinkan,

untuk aku melihat manis senyuman mu,
untuk aku mendengar segala petah bicara mu,
untuk aku merasai harum bau wangian mu,

dan selagi aku mampu berbicara,
mengucap kata-kata untuk menenangkan hati mu,
aku ingin selalu untuk menjaga mu & menyayangi mu.."

~ By YuuKi IcHiRoU ~
 

TiPs BerPaCaRan


Tips-tips ini amat menarik dan bagus untuk dijadikan sebagai panduan bagi mereka-mereka yang sedang berpasangan. Cuba baca dengan teliti ye..(^_^)

1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan 'minder' dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu, jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai pudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang kurang disenangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya dan kelemahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar..?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang..?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup. Usahakan untuk berada disisinya samaada dalam suka mahupun duka. Lebih perihatin dan memahami adalah kunci utama untuk anda lebih akrab dengan si dia.

9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar. Komunikasi antara pasangan sangat penting. Biarpun jauh dan sesibuk mana sekalipun anda, cubalah untuk memberi masa kepada pasangan anda.

10. Jangan berlaku kasar secara tidak semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas di sini. Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda. Jagalah hati pasangan anda, sebagaimana anda menjaga hati orang lain.

11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yang tersimpan, tetapi fakta bahawa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda mahupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum. Sentiasa bersikap terbuka dan jujur, tidak ada rahsia jika ingin bersama. Cuba menilai setiap perkara dari segi yang positif.

Renungkan2 dan selamat beramal..(^_~)V

"..diri mu kini..amat berharga & bermakna dalam hidup ku..cinta yang kau beri adalah cinta yang ingin ku miliki..akan ku jadikan cinta ini sebagai cinta yang suci..dan kasih sayang abadi buat mu ratu sanubari.."


MenGeNaLi WaNiTa

"..cuma kamu penjaga hati ini.."

Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa perkara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikkan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-

 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

 3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

 7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

 8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

 9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu & bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kamu merasa lemah. Wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.


"..kerana kamu wanita yang telah ku pilih..jadilah wanita yang ku puja untuk selama-lamanya.."



25 April 2011

AnTaRa PiLiHaN


antara "cinta" dan "persahabatan"
jika aku diberi pilihan
untuk memilih kedua-duanya
akan aku pilih kedua-duanya
kerana bagiku ia sama
beerti dan bernilai dalam hidupku..

"cinta" satu ungkapan yang
belum pasti keindahannya
kerana disebalik keindahan cinta itu
tersirat seribu kepahitan
pastinya akan merentap kedamaian jiwa
seorang pencinta setia
tatkala ikatan diundang kekecewaan
namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
yang punya hati dan perasaan
hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini
tak terungkai dengan bicara bibir
tak tergambar dengan lakonan
begitu syahdunya kurniaan illahi
lahirnya dari hati seorang insan
berakal beremosi penyanyang dan berperasaan..

"persahabatan" suatu ikatan
yang lahir dari hati
keinginan yang ikhlas
bagi berkongsi tangis tawa
kasih sayang serta keakraban
sesungguhnya sahabat
adalah tempat berbicara setulusnya
tentang impian dan pengertian hidup ini
persahabatan yang murni dan suci
adalah sebuah perhubungan
disulami dengan benang kejujuran
diwarnai dengan keikhlasan
dicurahi dengan kasih sejati
sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
robohlah tembok keluhuran
sebuah persahabatan..

teman yang budiman
mengertilah maksudku ini
sesungguhnya apa yang
tersimpul dihati kecilku
sejak perkenalan kita
kita bina tugu persahabatan
yang dipagari besi kedewasaan
yang teguh berdiri
megah dilaman hati kita
tak tumbang dek rintangan yang mendatang
hanya satu pintaku
agar dikau sentiasa mengingati diriku..


 

MaaFKaN DenGaN iKhLaS



Walau marah macam mana sekalipun kita pada seseorang itu, kita janganlah pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf”Mungkin bagi anda perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah anda bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan ikhlas dapat membantu memanjangkan usianya..??

Mengucapkan “maaf” mungkin sangat susah dilafazkan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutamanya pada jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau di sakiti oleh orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata “maaf” dapat menurunkan tekanan darahnya dengan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah lelaki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf oleh kerana perlakuan tidak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi, sayangilah pasangan Anda. Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf. Cubalah demi kebaikan bersama. Anda tidak rugi dengan meluahkan “maaf” pada yang tersayang.

Salam Ukhuwah.


21 April 2011

KeNaPa GurL KaDanG2 TaK ResPecT GuY...???


1. Dah ada awek..kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung..kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasi semua tu..kau cakap bye2..wah...!!! KAU LELAKI GATAL.

2. Bila keluar dengan awek..kau sanggup jemput & hantar awek kau..berhabis duit kasi hadiah kat awek..bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar..tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang..macam2 alasan kau kasi..pastu siap minta duit lagi kat mak..wei...!!! KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. Kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm..dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail..kau buat bodoh je..siap pura2 tidur sebab tak mau bersesak2 berdiri..sah...!!! KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. Tiap kali lepas makan..kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun..makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda..hah..!!! KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. Bila kau bawa kereta..ada je awek baik dengan kau..kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu pun tau ko punya kereta tu duit mak bapak kau..bukan harta kau tapi harta mak bapak kau..aduh...!!! KAU LELAKI PERASAN.

6. Bila kau dengan kawan2..kau suka gelak kuat2..mencarut pun kuat2..semua f**k..s**t & macam2 lagi semua kau nak sebut..kau rasa kau dah cukup sempoi la bila mencarut..tapi perempuan pandang kau..huh...!!! KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. Pergi tengok bola..tengok konsert..berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri..tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali..masuk pun free..siap boleh tidur sampai 1 jam..tu pun kau liat..bab agama kau aci mengelat..hurm...!!! KAU LELAKI TAK BOLEH DI BUAT SUAMI.

8. Kau suka kutuk2 & gelak2 gambar perempuan2 dalam fb..kau kata konon bajet cun..macam lawa sangat..abih yang kau amik gambar jelir2 lidah..yang konon nye rock sangat tuh..gambar tak pakai baju..kau rasa cool ke..hish...!!! KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI.

9. Time awek kau merajuk..berbakul2 kau kutuk..tak cukup bakul kau kutip habis yang lama2..konon modal perempuan merajuk & air mata..tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati..tu kes apa plak..oit...!!! KAU LELAKI EGO.

10. Kau hisap rokok..kau rasa kau handsome..lepas tu puntung rokok kau buang merata2..kadang2 bila kau rasa nak meludah..dekat mana2 pun kau tak ambil peduli..alahai...!!! KAU LELAKI PENGOTOR.


p/s: ni panduan utk lelaki..tp tak semua lelaki macam ni & bkn semua lelaki ada semua ciri2 ni..dlm dunia ni ramai lagi lelaki yg baik2..cm ssh skit kot kite nk jmp..kite ni bkn nye smpurna..apath lg yg trbaek..ttp brusahalh utk jd yg trbaik utk org2 yg kite syg..aku tau la sbb aku lelaki..so fkir2 kn lh ye..slmt bramal..=)

"..aku bkn lelaki yg baik..ttp aku ingin mnjd lelaki yg baik, beriman & soleh..insyalh"

18 April 2011

DoaKanLaH DaKu


Andainya Aku Bertanya
Padamu Tentang Bahagia
Di Mana Nilai Setia
Di Manakah Puncak Cinta..

Mahukah Engkau Mengerti
Harapan Serupa Mimpi
Ianya Dapat Terjadi
Atau Hilang Tak Berganti..

Sejarah Mengajar Kita
Menjadi Lebih Dewasa
Meniti Arus Angkara
Lupakan Kisah Yang Lalu
Teguhkan Tugu Imanmu
Doaku Buat Kekasih..

Yang Dulu Usah Dirindu
Hilangkanlah Dari Hatimu
Doaku Buatmu Kekasih..

Yang Dulu Usah Dirindu
Hilangkanlah Dari Hatimu
Doaku Buatmu Kekasih..


“..kekasih..hadiahkanlah aku doamu..jika aku adalah seorang yang tidak baik bagimu..doakanlah aku berpaling dari segala kejahatan & pendustaan..doakanlah aku menjadi seorang yang baik & takut kepada penciptaNya..jika aku seorang yang baik bagimu..doakanlah kebaikanku tulus dengan keikhlasan & kejujuran..jika aku seorang yang ikhlas bagimu..doakanlah keikhlasanku padamu hingga ke pangkuan ilahi..gerakanlah setiap tindakkanku padamu dengan doa & kesyukuran..doakanlah aku selalu mengingatimu agar aku jua tidak lupa mendoakanmu..”


09 April 2011

KhaS BuaTmU KeKaSihKu


  
cinta ku...
hadir mu mengubah dunia ku..
hadir mu mewarnai hari-hari ku..
hadir mu mencorakan keceriaan ku..
hadir mu menjadi teman hidup ku..

cinta ku...
senyuman mu mengusik hati..
tawa mu membuat ku gundah..
renungan tajam mu menusuk kalbu..
keikhlasan mu menawan jiwa ku..

cinta ku...
abadikanlah saat-saat ini..
abadikan segala kasih kita..
abadikan kesetian & kesabaran..
biarkanlah ia terus mekar..
hingga hujung hayat kita..

kerana cinta ini terlalu indah..
dan aku amat menyayangi mu...

"..percayalah sayang ku, jika cinta mu milik ku,
aku akan selalu setia kepada mu sepanjang usia ku.."