Banner created with MyBannerMaker.com

25 April 2011

MaaFKaN DenGaN iKhLaS



Walau marah macam mana sekalipun kita pada seseorang itu, kita janganlah pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf”Mungkin bagi anda perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah anda bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan ikhlas dapat membantu memanjangkan usianya..??

Mengucapkan “maaf” mungkin sangat susah dilafazkan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutamanya pada jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau di sakiti oleh orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata “maaf” dapat menurunkan tekanan darahnya dengan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah lelaki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf oleh kerana perlakuan tidak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi, sayangilah pasangan Anda. Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf. Cubalah demi kebaikan bersama. Anda tidak rugi dengan meluahkan “maaf” pada yang tersayang.

Salam Ukhuwah.


3 comments:

RiNiEsHa said...

btul ek..?? :-o

YuuKi IcHiRoU said...

ye la..ce bace..ce bace..=P

RiNiEsHa said...

ehehe..bc2..=D