25 September 2012

BaGaiMaNa MeMiLiH CaLoN IsTeRi





Pemilihan calon isteri amat begitu penting sekali. Ramai juga tidak mengetahui bahawa, proses mendidik anak sebenarnya adalah bermula dari pencarian pasangan lagi. Peranan isteri begitu penting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga diamanahkan. Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya, isteri harus menjaga kepentingan makan minum keluarga, mengandung dan mendidik anak-anak, menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan sebagainya. Oleh itu, terdapat beberapa dasar pemilihan isteri mengikut syarak. Antaranya :

1. Perempuan yang taat beragama. Utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat, menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan, nasab keturunan dan rupa paras yang menawan. Dalam hadis lain Rasulullah SAW menyifatkan wanita yang maksudnya : “dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.”

2. Berketurunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam persekitaran sempurna akhlaknya Penting dalam membentuk suasana yang harmoni, saling kasih mengasihi dan hormat menghormati antara suami isteri.

3. Perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak Nabi Muhammad S.A.W akan berbangga dengan ramai umatnya pada hari khiamat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertakwa. Justeru itu, amat tepat kiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai. Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak-anak saudara perempuan dan juga saudara mara perempuannya yang terdekat.

4. Sekufu atau hampir sekufu. Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi, pelajaran dan dari segi umur. Maksudnya janganlah akal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri. Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih tua dari wanita. Namun apabila si lelaki mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi dan juga taraf ekonomi yang lebih baik, maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri pada suaminya.

5. Masih gadis atau anak dara. Rasullullah S.A.W. menggalakkan umat islam memilih isteri daripada kalangan gadis, bukan janda, sesuai dengan nasihat Baginda S.A.W. kepada seorang sahabat Jabir R.A. "kemersaraan yang akan lahir lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak".

6. Pasangan bukan daripada keluarga terdekat. Tidak begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat yang hampir seperti sepupu. Antaranya ialah untuk mengurangkan keinginan syahwat yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak yang cacat dan kurang bijak.

Nota Kaki - Pemilihan calon isteri perlulah diteliti dengan sehalus-halusnya. Bukan terlalu cerewet, tetapi inginkan yang terbaik. Bukan tidak boleh menerima kekurangan, tetapi ingin berusaha bersama menutup kekurangan itu. Selamat mencari calon isteri.


24 September 2012

10 SeBaB MenGaPa GaDis MeLaYu MusLiMaH TiDaK DisuKai RaMai




1. Mereka bukan susu sejat F&N yang lemak berkrim disukai ramai.
2. Mereka bukan roti gardenia yang sungguh enak dimakan begitu sahaja.
3. Mereka bukan barang lelong yang mudah disentuh dan dipilih mengikut citarasa.
4. Ramai yang cemburu kerana mereka sopan dan ayu.
5. Ramai yang cemburu kerana mereka berakhlak mulia.
6. Ramai yang cemburu kerana mereka patuh pada amanat agama.
7. Ramai yang cemburu kerana hati mereka tidak mudah disogok oleh dunia.
8. Ramai yang cemburu kerana mereka sentiasa bertudung & menutup aurat.
9. Ramai yang cemburu kerana mereka berpakaian, walau tidak sendat & padat tetapi sudah cukup memukau.
10. Ramai yang cemburu kerana mereka menjadi idaman para ibu mertua yang tidak bermata duitan tetapi yang mengejar akhirat.

20 September 2012

NaSiHaT BaGi WaNiTa SeBeLuM MeNiKaH




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Umamah Taghlubiyah, seorang wanita Arab terpandang dari keluarga terhormat menasihati anaknya, Ummu Iyas binti Auf.

Nasihat ini di sampaikan ketika melepaskan puterinya itu menuju ke rumah suaminya saat sebelum dinikahkan.

Dia berkata ; "Anakku jika nasihat boleh ditinggalkan karena kemuliaan budi dan ketinggian nasab keturunan, maka aku tidak perlu menyampaikannya kepadamu. Namun, ia perlu disampaikan untuk mengingatkan orang yang baik dan menyedarkan orang yang lalai."

Wahai anakku, jika seorang perempuan bisa melepaskan diri dari lelaki dengan harta orang tuanya maka aku adalah orang yang bisa melakukan hal itu.

Tapi itu tidak mungkin anakku, kerana perempuan di ciptakan untuk lelaki. Dan sebaliknya, lelaki diciptakan untuk perempuan.

Wahai anakku, saat ini engkau akan melangkah dari rumah dimana kamu hidup dan di besarkan selama ini. Kamu akan berangkat ke lembah yang belum kamu ketahui sama sekali, dan akan di temani orang yang tidak pernah kau kenal sebelumnya . Makanya, dengarlah pesan-pesanku.

Wahai anakku, dengarkanlah aku akan menyampaikan sepuluh wasiat kepadamu. Jagalah wasiat ini, ia akan menjadi penerang dan bekal dalam hidupmu.

1. Setia dan patuhlah pada suamimu. Kepatuhanmu kepadanya akan melahirkan keredhaan ALLAH.

2. Qana'ah, terima apa adanya dengan apa yang di berikan suamimu kepadamu. Sikap ini akan melahirkan ketenangan dalam jiwamu.

3. Peliharalah pandangannya terhadapmu. Jangan sampai dia melihat padamu sesuatu yang tidak di senanginya.

4. Peliharalah penciumannya terhadapmu. Jangan sampai suamimu mencium sesuatu yang tidak mengenakkan hidungnya.

5. Jagalah waktu makan suamimu. Sesungguhnya rasa lapar itu bagaikan bara yang bisa membakar kapan sahaja.

6. Jagalah waktu tidurnya. Sesungguhnya gangguan pada waktu tidur bisa menyulut amarah.

7. Jagalah harta dan rumahnya. Sesungguhnya yang demikian itu membuat suamimu menghargaimu.

8. Peliharalah anak dan hormatilah keuarganya. Sesungguhnya hal itu melatihmu mengatur segala sesuatu dengan baik.

9. Janganlah kamu membuka rahsia suamimu. Jika kamu melakukan itu, maka tidak bisa dijamin dia akan menjaga janjinya kepadamu.

10. Janganlah kamu melanggar perintahnya. Sesungguhnya yang seperti itu menyulut rasa cemburu dalam hatinya.


Dan perhatikanlah Dua Perkara :
a). Janganlah kamu nampakkan kebahagiaan kepada suamimu jika dia
sedang dirundung sedih.
b). Jangan pula kamu nampakkan kesedihan dikala suamimu sedang bahagia.

Ketahuilah wahai anakku, sebesar apa penghormatanmu kepada suamimu sebesar itu pula dia akan menyanjungmu.

Sejauh mana kamu bisa menyesuaikan pandanganmu dengan suamimu seperti itu pula dia akan setia kepadamu.

Anak gadisku, sesungguhnya kamu tidak akan mampu melakukan itu semua kecuali jika kamu mampu mendahulukan keredhaannya daripada keinginan peribadimu dan jika kamu mampu mengedepankan hasrat suamimu daripada hasratmu. Semoga ALLAH melimpahkan kebaikan kepadamu anakku.

Wa'allahu a'lam bis showab.

PeRminTaaN SeoRanG IsTeRi TerHaDaP JeNaZaH SuaMinYa




Menjadi idaman seorang suami apabila memiliki isterinya yang solehah. Begitulah di sebaliknya seorang isteri mengidamkan seorang suami yang soleh. Terdapat suatu kisah di mana seorang isteri menangis-nangis kerana mahu mandikan jenazah suaminya. Bapa mertua dengan polis forensik tidak membenarkan.Sambil menangis isteri berkata Ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. ”
Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apahal yang terjadi, kemudian ustaz tu berkata : Tidak mengapalah kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. Lalu ustaz bersama beberapa orang lagi temankan si isteri memandikan jenazah suaminya.
Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, “Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti..”
Membasuh tangan jenazah suami sambil berkataTangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku..
Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata “Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku..”
Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang, moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya..
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata terima kasih abang, kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu..”
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya. Semoga menjadi iktibar untuk kita bersama. InsyaAllah.

Jika kita menghayati setiap bibit kata yang diterpancar dari mulut wanita ini, sudah tentu kita akan berasa sebak, lebih-lebih lagi jika kita sudah mempunyai seorang suami mahupun isteri. Didik dan bimbinglah isteri kita ke jalan yang lurus. Taatlah kepada suami kamu sebagaimana kami mentaati ibu bapa kamu.


18 September 2012

BaHaYa RaDiaSi TeLeFoN BimBiT KePaDa LeLaKi


Telefon Bimbit merupakan satu keperluan pada zaman ini, jadi setiap orang pasti memiliki telefon bimbit. Tapi tahukah anda selain kita boleh membuat panggilan, sms, dan lain-lain, kita juga boleh gunakan telefon bimbit untuk memasak. Tidak kira telefon bimbit model apa sekalipun. Lagi bagus kalau anda menggunakan telefon bimbit  yang murah-murah atau lebih tepat cap ayam (hanpdhone tiruan) sebab kalau anda gunakan handphone tiruan kadar radiasi handphone lebih tinggi berbanding yang original, sebab yang original tahap radiasinya telah ditapis, namun radiasi tetap ada, tidak kira samada original atau tidak.

Berikut adalah cara-cara memasak telur guna handphone: 
A very important message to everyone, please read it carefully.
1 Egg, & 2 Mobiles 65 minutes of connection between mobiles. We assembled something as per image:
Pesanan penting kepada semua tolong baca dengan teliti.
Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telur telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah: 


Initiated the call between the two mobiles and allowed 65 minutes approximately. During the first 15 minutes nothing happened; 25 minutes later the egg started getting hot; 45 minutes later the egg is hot; 65 minutes later the egg is cooked. 
Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:
15 minit – tiada apa yang berlaku.
25 minit – telur mulai panas.
45 minit – telur telah panas.
65 minit – telur telah masak.


Conclusion: The immidiate radiation of the mobiles has potential to modify the proteins of the egg. Imagine what it can do with the proteins of your brains when you do long calls. 
Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.
Ini bermakna telefon bimbit mempunyai radiasi, radiasi ini akan bertambah kuat lagi bila anda melakukan panggilan atau menerima panggilan yang khususnya kepada lelaki. Oleh itu, lebih lama anda bercakap lagi tinggi potensi untuk mendapat penyakit atau kanser. Antara penyakit yang disebabkan oleh radiasi handphone ialah Kanser Otak.

Nota Kaki : Jadi kepada anda semua, jangan bercakap terlalu lama, sayangi otak anda. Tapi bagaimana pula bagi lelaki yang meletakkan handphone dalam poket seluar.  Kalau ada satu handphone sahaja mungkin setengah masak. Tetapi kalau ada 2 handphone, diletakkan di kedua-dua poket seluar dan membuat panggilan melalui hands free selama 65minit kemungkinan akan masak sepenuhnya adalah tinggi.

04 September 2012

RaHsiA PeMiKiRaN SeoRanG LeLaKi




Perihal Lelaki #1
“Sebenarnya kebanyakan lelaki lebih menyukai wanita yang bijak daripada wanita yang seksi. ”
Ramai juga lelaki selalu memandang tinggi kepada wanita genius. Paling tidak, wanita yang mempunyai pendirian tetap dan bijak membuat keputusan. Dalam erti kata lain, selalu percaya kepada pemikiran sendiri.
Bagi mereka, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau wanita bersinglet di pusat membeli-belah adalah Too Cheap!
Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek seks. Namun, jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar! It’s big bonus!
Sekiranya seorang wanita itu pandai mengimbangkan cara berpakaian, penampilan diri, berilmu dan bijak membuat keputusan pastinya dia adalah pilihan lelaki yang paling utama.
Maksud berilmu di sini, anda boleh memilikinya dari berbagai cara bukan hanya dari kelulusan akademik yang tinggi. Anda boleh menimba ilmu dari kursus-kursus ataupun workshop apa-apa di mana-mana sahaja dan anda boleh memiliki ilmu dalam bidang memasak, menjahit, percetakan, rekacipta dan sebagainya.
Apabila anda mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda sudah susah untuk diperlekehkan atau dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Ini kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran, keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeza serta dihormati ramai dan bukan calang-calang orang yang mudah untuk dipermainkan. Now you see what is important, right?

Perihal Lelaki #2
“Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.”
Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah lampau dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih.
Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai begitu, ianya seolah-olah wanita itu masih cinta dan mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam.
Kepada wanita, kenapa hendak cerita kisah-kisah lama? Pening dengan sesetengah wanita begini. Suka sangat bercerita tentang kisah lama. Seolah-olah mahu menunjuk yang dia pernah mempunyai kehidupan yang menarik, kemudian mahu banding-banding pulak. Begitu ke?
“Adoi, apa yang awak nak mengajar boyfriend awak sekarang ni? Bertahan? Bersabar? Tak usah ye cik kak buat sakit hati dia je!”
“Tak usah ye sayang, nanti buat sakit hati boyfriend you je. Apa yang paling penting ialah kebahagiaan masa depan awak berdua. Jangan kisah apa yang sudah lepas, pengalaman lalu, boring la!”
Masa sekarang, untuk bina kebahagiaan sekarang, create new experience untuk anda berdua kenangkan segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You know, itu lagi bagus, lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah tidak bermakna lagi.

Perihal Lelaki #3
“Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!”
So, jangan cepat perasan! Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik. Dan ini menjadi satu masalah kepada wanita, kerana keakraban anda dengan seorang lelaki mengundang perasaan tanpa di sedari antara anda dan dia. Kerana masing-masing punya perasaan terpendam. Bagi wanita yang mempunya kekasih, anda cenderung berlaku curang tanpa anda sedari walaupun anda menafikannya. Be careful!
Sebenarnya ini memang benar. Sudah banyak lelaki-lelaki begini di jumpai. Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu, tetapi dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik.
Tapi kalau yang tak cantik, tetap tak cantik, maaf untuk statement ini. Namun selalunya nasib menyebelahi mereka. Walau tidak cantik, kalau si lelaki sudah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun walaupun anda selekeh dan tembam. Begitulah juga sebaliknya.

Perihal Lelaki #4
“Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi… ”
Jangan memberi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali, well, yang kedua dan seterusnya is easy!
So, jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua, this is reality!
Kecuali, dia terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dan maruah, lalu dia tidak dapat putuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang lain.
Beratus-ratus email masalah cinta yang mana ramai masih menunggu boyfriend mereka yang hilang entah ke mana. Dan apabila tersedar yang lelaki mereka curang, wanita-wanita ini terus menerus bersedih dan seolah-olah tidak mahu meneruskan hidup normal mereka. Bodoh!
Please faham ya, lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda, dia akan sentiasa ‘mendekati’ anda. Dia akan sentiasa call anda setiap masa, sms selalu, selalu mahu berjumpa dan berbual mesra, dia akan lakukan apa sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah!
Kalau masih sayang dan cinta, takkan dia hilang dan senyap sahaja, handphone mesti jawab. Kalau dah tidak cinta, berborak pun hanya sekadar bertanya khabar saja, sudah tidak ada kemesraan, sudah tidak romantik, sms pun balas sikit-sikit, kadang-kadang tak balas, ada wanita lain lah jawabnya. Kalau tidak pun dia sudah mula bosan dengan anda.
So, kerja anda sekarang ialah, bertekad untuk keluar dari kemelut itu dan memulakan hidup baru, kemudian membuka hati anda kepada yang baru. Ini hanya untuk pasangan kekasih, tetapi bagi pasangan suami isteri, anda haruslah memikat semula suami anda. Tarik semula perhatiannya kerana islam tidak menggalakkan penceraian dan si isteri haruslah pandai memainkan peranan menawan hati suami.

03 September 2012

PerMaTa (UnTuK isTeRi Ku)




Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


"..isteri adalah hadiah bernilai dari Allah swt kepada suami..kerana mereka adalah pemilik hati yang halal.."

 

RoManTiKnYa CinTa RaSuLuLLaH SaW




Adakah kita sebagai suami mahupun isteri mempunyai sifat romantik kepada pasangan. Ketahanan suami isteri dalam melayari bahtera kehidupan semestinya berpaksikan cinta yang dijulang bersama selain bersandarkan kepada cinta kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Perjanjian setia yang dimahkotakan bersama sebelum lafaz ijab dan qabul adalah bukti keabadian cinta pasangan suami isteri biar pun terpaksa menempuh badai ujian yang semestinya akan dilalui, namun ia tetap utuh berdiri.
Pernahkah kita sedari dalam melayari bahtera rumahtangga, tumpuan suri teladan kita semoleknya terarah kepada denai yang telah direntasi oleh junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, biar pun baginda dikelilingi dengan pelbagai tanggungjawab besar menjadi perantara ummah dengan pencipta-Nya, baginda mampu memberikan ruang selesa kepada pasangan – pasangan hidup baginda. Hebat dan agongnya cinta Rasulullah SAW sebagai suami jauh di luar jangkaan pemikiran kita sebagai ummatnya. Walau pun begitu, tidaklah begitu sukar dan sulit untuk kita menjejaki setiap langkah dan contoh yang telah diamalkan oleh baginda dalam kehidupan rumahtangga.
Menjalani kehidupan sebagai suami isteri tiada yang lebih indah dan romatiknya bila mana suami dan isteri tidak kekok untuk menikmati makanan dari satu bekas atau pun suami memakan makanan lebihan isteri dan sebaliknya, maka itu sudah cukup untuk membuktikan tiada lagi perasaan ‘tiada selera, jijik dan sebagainya’ disebabkan cinta yang ikhlas dan suci sudah pun mantap berpadu. Memanglah tindakan sedemikian tiadalah hinanya jika diamalkan kerana ia juga merupakan amalan junjungan besar Nabi SAW dengan para isteri baginda. Ini dapat dibuktikan kepada hadis Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan bahawa ”Aku minum air daripada satu bekas, ketika itu aku sedang berhaid, lalu Nabi SAW mengambil bekas minumanku itu dan meletakkan mulut baginda pada tempat aku meletakkan mulut pada bekas tersebut”.
Paparan hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Nabi SAW tidak menjadikan bekas mulut isterinya sebagai jijik, walapun ketika itu isteri Baginda sedang berhaid. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan jika diperhatikan kepada hadis lain, didapati baginda juga makan makanan dari kesan gigitan isteri. ”Aku mengigit sepotong daging, lalu sisa gigitan itu diambil oleh Nabi SAW, lalu baginda pun mengigitnya pada bahagian yang aku gigit tadi”.
Masyallah,betapa romantiknya Nabi SAW dengan isteri baginda dan ia tidaklah begitu mustahil buat kita sebagai pengikut baginda untuk melakukan perkara yang sama. Dengan pengamalan sedemikian tidak sedikit pun menjejaskan kemuliaan dan ketinggian martabat dan darjat sebagai pesuruh Allah SWT.
Inilah tujuan dan objektif suci Islam menyeru penganutnya supaya memuliakan pasangan dalam erti kata menghormatinya. Tiada apa yang ruginya jika kita semua melakukan perkara sedemikian malah ianya dapat memberikan kesegaran yang berpanjangan dalam lingkungan rumahtangga sungguh pun sesebuah perkahwinan itu telah mencecah ke usia yang agak lama. Seandainya amalan sedemikian dapat kita jadikan amalan dalam kehidupan berumahtangga maka ia sudah pasti sedikit sebanyak membantu memperkukuhkan sesebuah institusi perkahwinan dan sekaligus menutup lubang bencana yang membawa kepada perpisahan dan perceraian.

Nota Kaki - Bukan mudah sebenarnya melayari bahtera rumah tangga. Setiap pasangan perlu berkorban apa sahaja bagi memastikan ia terus kekal bahagia. Masing-masing perlu memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Contohi Rasulullah SAW dalam mengasihi pasangan baginda.