Banner created with MyBannerMaker.com

08 November 2012

DeMi MaSa

 "..Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian.."
1 Hari = 24 Jam
1 Tahun = 12 Bulan
12 Bulan = 52 Minggu
52 Minggu = 365 Hari
365 Hari x 24 Jam = 8,760 Jam
8,760 Jam x 60 Minit = 525,600 Minit
525,600 Minit x 60 Saat = 31,536,000 Saat


Kadar Normal Manusia Meninggal Dunia (Tahun)
Tidak Kurang < 60 tahun dan tidak lebih > 70 tahun = dalam lingkungan 60th - 70th iaitu 65 tahun.

Carta dan Kadar Hidup
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 tahun – 70 tahun majoritinya. Puratanya manusia meninggal adalah dalam lingkungan umur  ±65 tahun.

"Baligh: Iaitu permulaan umur untuk seseorang manusia di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"

Laki-laki Baligh ± 15 tahun                           Wanita Baligh  ± 12 tahun

Usia yang hanya ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya adalah:

Mati - Baligh = Baki Usia : 65 - 15 = 50 tahun

Dalam kehidupan anda selama 50 tahun, adalah digunakan untuk apa?

Catatan dan Pengiraan
50 Tahun = 18,250 Hari
18,250 Hari = 438,000 Jam
12 Jam Siang + 12 Jam Malam = 24 Jam Sehari Semalam ( 1 Hari )

Gambaran Kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama, waktu kita tidur adalah ±8 Jam / Hari, ini beerti dalam masa 50 tahun, waktu yang habis di guna untuk tidur adalah :-

18,250 Hari x 8 Jam = 146,000 Jam
146,000 Jam / 8,760 Jam ( iaitu 365 Hari ) = 16 Tahun 7 Bulan ( ±17 Tahun )
Logiknya : Alangkah sayangnya waktu selama 17 tahun anda habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya.

Waktu aktiviti kita di siang hari pula adalah ±12 Jam / Hari, ini beerti dalam masa 50 tahun, waktu yang habis di guna untuk semua aktiviti adalah :-

18,250 Hari x 12 Jam = 219,000 Jam
219,000 Jam / 8,760 Jam ( iaitu 365 Hari ) = 25 Tahun
Aktiviti di siang hari : Ada yang bekerja, ada yang belajar di sekolah atau kuliah, ada yang makan, ada yang berjalan-jalan, ada yang duduk, dan banyak lagi.

Waktu rehat anda pula ±4 Jam / Hari, bermakna dalam masa 50 tahun waktu yang di gunakan untuk berehat adalah :-

18,250 Hari x 4 Jam = 73,000 Jam
73,000 Jam / 8,760 Jam ( iaitu 365 Hari ) = 8 Tahun 3 Bulan ( ±8 Tahun )
Semasa Berehat : Menonton tv, bersama keluarga atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.
17 Tahun + 25 Tahun + 8 Tahun = 50 Tahun

Lalu Bila Anda Sempat Beribadah?
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud ; “TidakKU ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU.”

Maut datang menjemput tak pernah bersahut, Malaikat datang menuntut untuk merenggut, Manusia tidak kuasa untuk berkata-kata, Allah Maha Kuasa atas Syurga dan Neraka, Terimalah habuanmu seadanya.

Memang benar, menuntut ilmu itu adalah ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan mahu belajar.

Memang benar, bekerja mencari nafkah itu juga ibadah, tetapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
"Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya"

Lalu Bila Anda Hendak Beribadah?
Mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi, kerana kita fikir solat wajib besar pahalanya, solat adalah amalan pertama yang di hisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga. Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima. Adakah anda yakin?

Berapa banyak solat kita dalam masa 50 tahun?
1 Solat = ±10 Minit          5 Solat = ±1 Jam
Dalam masa waktu 50 tahun dan waktu yang di gunakan untuk bersolat  adalah :-
18,250 Hari x 1 Jam = 18,250 Jam
18,250 Jam / 8,760 Jam ( iaitu 365 Hari ) = 2 Tahun

Kesimpulannya : Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia ini cuma 2 tahun untuk solat ( dalam hitungan 10 minit ). Jika solat itu di lakukan seperti  ayam mematuk tanah, bagaimana pula? Cuma ada 2 tahun daripada 50 tahun untuk kesempatan kita, itupun belum tentu lagi solat kita bermakna, berpahala dan di terima oleh Allah swt.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun itu tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun iaitu dalam percakapan kita yang selalu berdusta, baik yang di sengajakan ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris hati orang-orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut dan bakhil bagi mengeluarkan zakat terhadap orang faqir dan dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa. Nescaya, tiada maknanya segala solat anda diterima oleh Allah swt.

Logiknya : Bukan suatu yang mustahil bagi kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelak di atas kelalaian. Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia ini dan semuanya itu akan bertukar menjadi bencana.

Penyelesaian :  Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu dengan cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat. Ingatlah negeri kita ‘Akhirat’ yang di dalamnya ada taman ‘Syurga’ untuk yang melaksanakn tuntutan dan seksaan ‘Neraka’ bagi yang menginkari perbuatan.

"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan, Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''

BeNarKaH BuMi aKaN BerGeLaP PaDa DiSemBeR 2012


Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan bergelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.


Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia  dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari itu.
Nota Kaki - Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi pada 3 hari tersebut, tetapi ramai yang tidak percaya. Kita tunggu dan lihat saja nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 itu. Ini hanyalah jangkaan atau ramalan manusia yang tidak pasti. Tetapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tersebut.