Banner created with MyBannerMaker.com

19 December 2011

IniLaH CaRa MemBuaT NaSi KangKanG YanG SeBeNaR


Hendak tahu cara membuat Nasi Kangkang yang sebenar..?
Tuuuuu..sila tengok dibawah..Gerenti mujarab..!!
l
l
l
l
l
l
l
l

Enak..!!!!!!!!

InDaHnYa ApaBiLa BerNiKaH


"..jika kita telah ditakdirkan bersatu..aku ingin selamanya denganmu.."
Pahala yang mencurah2 kepada anda yang mengelak daripada zina..!!

Saat akad nikah ~ PAHALA..!
Renung isteri ~ PAHALA..!
Main kenyit2 mata dengan isteri ~ PAHALA..!
Suami pegang isteri ~ PAHALA..!
Cium isteri ~ PAHALA..!
Suami peluk isteri ~ PAHALA..!
Suami bernafsu tengok isteri ~ PAHALA..!
Mandi bersama-sama dengan isteri ~ PAHALA..!
Suami setubuh isteri ~ PAHALA..!
Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ PAHALA..!
Suami marah isteri (untuk menegur) ~ PAHALA..!
Suami ajar isteri fardhu'ain ~ PAHALA..!
Suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI GANDA PAHALA..!
Setiap apa dilakukan dengan isteri ~ ADALAH PAHALA..!!

Masya’Allah..SERONOKNYE..! (^_^)


“..Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui..”
(Surah an-Nur : 32)

“..Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua..”
Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa’i, At-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.

“..Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir..”
(Surah ar-Rum: 21)

 

SuRaT UnTuK BaKaL SuaMi - KeTaHuiLaH iSi HaTiKu

"..Saat ku kucup tanganmu, hanya dikau sehingga keakhirnya.."

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak. Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Karenanya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah, kepadamu yang akan memilihku kelak. Aku tidak sebijak Bonda Khadijah, karenanya ku ingin kau tahu, aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, karena bagiku kaulah pemimpinku, tidak akan berani ku membangkang padamu.

Duhai kau yang telah memilihku kelak. Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti, insya’Allah.

Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau karena seharian ku harus membenahi istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja. Maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana.

Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetik pun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang sakit dan ku tahu kau letih mengais rezeki untuk kami, maka tidak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku. Padamu yang menjadi nakhoda dalam hidupku kelak.

Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu.

Maka bersabarlah, yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku. Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tidak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi terkadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.

Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku dan bisikkan kata sayang di telingaku, tegurlah aku dengan hikmah, kerana dengan itu ku tahu kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak. Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah. Maka jangan pernah bosan mengajariku dan membimbingku ke arah-Nya walau terkadang aku begitu bebal dan biadap, tetapi jangan pernah letih mengajariku. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku. Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.

Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu. Maka jangan pernah berpaling dariku. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah, iaitu rasa cintaku padamu.

Ketahuilah, tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu. Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.

Maafkan aku karena aku bukan puteri. Aku hanya wanita biasa, terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA dan semoga kita bisa sama-sama bahagia.


16 December 2011

JaDiLaH SuaMi PuJaaN IsTeRi


"..sesekali pekalah pada kehendak isteri & layanilah kerenah manja si isteri.."

Setiap wanita bergelar isteri sentiasa berdoa agar dianugerahkan seorang suami yang baik dan mampu menjaga keluarga selama-lamanya. Baik dari sudut agama mahupun hal-hal dunia, suami ini tidak cepat melatah untuk menangani apa sahaja masalah yang timbul.

Selain menyenangkan, suami juga diharap menjadi pembantu yang baik dalam rumah tangga. Pastinya satu bonus yang sangat bermakna apabila isteri benar-benar dipasangkan dengan suami sebegini. Jalinan rumah tangga lebih bahagia dan diberkati oleh-Nya. Tapi selain daripada dua perkara ini, apa lagi ciri yang membolehkan seorang suami itu pujaan isterinya.

Matang membuat keputusan

Tidak dinafikan kebanyakan lelaki masa kini dilihat matang sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Bagaimanapun setelah berkeluarga dan memikul tanggungjawab besar, rata-rata darinya mengeluh dan seakan ingin lari dari masalah yang ditempuh.

Usah begitu. Masalah adalah guru yang paling baik untuk mendapatkan hari depan yang cemerlang. Oleh itu cubalah belajar menjadi individu yang matang agar setiap keputusan yang dibuat tepat dan bermakna. Kebiasaannya, isteri gemar mendapatkan pandangan suami sebelum membuat sesuatu perkara. Biarpun dia mampu lakukannya tetapi kata-kata yang keluar dari mulut suami lebih memberi makna. Untuk itu berusahalah kerana ada kejayaan di sebaliknya.

Bantu uruskan anak-anak

Sering kedengaran dalam perkahwinan, isteri dilayan bagai puteri ketika disahkan berbadan dua. Lebih-lebih lagi ketika mengandungkan anak yang pertama. Apa sahaja yang diidamkan pasti tertunai dengan segera. Tetapi, setelah melahirkan, segala tanggungjawab menjaga dan mengurus anak-anak diletakkan sepenuhnya ke bahu isteri.

Suami yang baik adalah suami yang sentiasa merasa kasih dan simpati kepada isteri. Kerana itu maka kongsilah tanggungjawab bersama. Sekiranya isteri sibuk di dapur maka ringankan tulang untuk memandikan anak atau memantau mereka membuat kerja-kerja sekolah. Bukankah lebih bahagia?

Pakar dalam banyak perkara

Sebutlah apa sahaja, suami dengan segera akan memberikan jawapan biarpun ada kalanya jawapan yang diberikan tidaklah setepat mana. Isteri pastinya kagum dengan ‘kebolehan’ suami tercinta.

Baik politik, ekonomi dan sebagainya, suami boleh dikira arif untuk menghuraikan serba sedikit. Secara tidak langsung, suami akan dijadikan tempat rujukan pertama sebelum beralih ke sumber seterusnya.

Tegas dan berpendirian

Seorang suami akan lebih dihormati sekiranya ada ketegasan dan pegangan dalam hidup. Apabila mendengar sesuatu perkara, suami dengan segera akan mencadangkan sesuatu yang lebih baik berdasarkan dari apa yang di fikiran. Bukan niat membantah tetapi memberi pandangan agar perkara yang ingin dilakukan berjalan lebih lancar dan sempurna. Tidaklah seperti lalang yang hanya akan meliuk lentuk apabila diterbangkan angin.

Ringan tulang

Kalau masa bujang dahulu, boleh dikatakan hampir semua perkara dilakukan sendiri. Dari memasak, membasuh pakaian hinggalah kerja-kerja mengemas rumah, semua ditanggung beres. Tetapi setelah mendirikan rumah tangga, isteri mengambil alihnya. Janganlah begitu.

Ringankan tulang membantu isteri yang kepenatan mengurus itu dan ini. Sekali sekala, bantulah isteri walaupun hanya membasuh pinggan di dapur. Tentu ada yang tersenyum gembira melihatkan perubahan dari suami pujaan hatinya.

Seimbangkan ilmu dunia dan akhirat

Sedarlah bahawa tanggungjawab suami tidak hanya mencari nafkah untuk keluarga bahkan perlu memastikan isteri serta anak-anaknya mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Justeru, kemahiran ilmu agama perlu ada dalam diri setiap suami.
Biarpun ia antara cabaran yang harus dilakukan maka sahutlah dengan berani. Carilah masa untuk mengimamkan solat berjemaah dengan ahli keluarga atau sekali-sekala, bertadaruslah bersama mereka agar rasa hormat dan kasih sayang yang selama ini terjalin bertambah segar dan berkekalan selama-lamanya. Sekiranya tidak mampu maka dapatkan khidmat guru agama untuk mengajar di rumah anda. Belajarlah bersama-sama.

Usia Suami 40-an, Perkahwinan Mungkin Diuji

Sering terjadi kepada lelaki yang memasuki usia 40-an. Saat ini lelaki seakan kembali ke usia muda. Mereka mula mengambil perhatian terhadap penampilan dan berani menjeling-jeling gadis-gadis muda. Bagi yang terlalu mengikut perasaan dan tidak mengawal nafsu, rumah tangga boleh goyah kerananya. Malah ada yang sanggup meninggal isteri dan anak-anak kerana hawa nafsu mereka.

Oleh itu bagi isteri yang punya suami memasuki usia fasa ‘4 siri’ ini seharusnya melakukan persiapan kerana tatkala ini komitmen perkahwinan kembali teruji. Komunikasi dan pemahaman memainkan peranan yang sangat penting bagi pasangan yang mulai memasuki masa akil baligh kedua ini.

Situasi yang berbeza antara suami dan isteri sering kali menyebabkan konflik. Suami semakin bersemangat dalam banyak perkara, sedangkan isteri semakin lesu dan kurang ghairah. Bila ini yang terjadi maka komunikasi yang baik amat perlu di antara pasangan.

Sebarang krisis harus diselesaikan dengan baik. Buat isteri fahami keadaan yang dilalui suami ini, anda juga harus berubah. Lakukanlah sesuatu agar cinta kekal di hatinya. Kepada suami pula jangan terlalu mengikut perasaan anda. Fikirkanlah tentang keluarga yang telah anda bina selama ini.

"..rukunnya rumah tangga datangnya dari suami  yang bertanggungjawab dan memahami kehendak isteri..isteri bukan sekadar kelengkapan..tetapi adalah segalanya harta dunia yang seorang suami mampu miliki.."

15 December 2011

SeSuaTu YanG InDaH UnTuK Di KonGsi


"..ikhlaskan airmata untuk mengalir kerana Allah swt.."

Sesuatu yang indah untuk dikongsi bersama..kepada mata sesiapa yang tidak pernah menangis..

Assalamualaikum,
 
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.
 
Pada satu Jumaat, yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
 
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
 
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
 
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
 
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
 
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
 
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
 
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
 
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
 
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
 
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
 
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
 
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
 
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
 
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
 
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"
 
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
 
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
 
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"
 
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".
 
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".
 
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"
 
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
 
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
 
Jumaat ini dikira, Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
 
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.
 
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
 
TAKBIR!!
ALLAHUAKBAR!

 
Wassallam


AngRy BirDs: DaRi PeRsPekTiF DaKwaH DaN TarBiYaH


"..Angry Birds bukan sekadar game untuk hiburan.."
Angry Birds

Salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game applications Apple yang diminati oleh anak-anak ataupun adik-adik kita dari  yang berumur 4 tahun sehinggalah orang dewasa sekalipun semuanya suka bermain game ini..tetapi tidakkah anda pernah tertanya-tanya..? Kenapa..? Apa yang best sangat game ni..? Macam simple saja, game berkaitan burung-burung yang marah kepada b***-b*** berwarna hijau yang mencuri telur mereka..tetapi sedarkah kita sebab dan jawapannya?

Angry Birds sebenarnya dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah..!!

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

Antara ciri-ciri yang paling hebat pasal Angry Birds ini, sebab burung-burung yang marah itu semuanya sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan b***-b*** hijau yang suka tersengih dan ketawa jika masih hidup di akhir permainan. Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri, tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih..? Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri..! Yang putih pula sanggup mengorbankan anaknya..!

Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang untuk menghantar anak yang masih didalam telur ke medan jihad, segala-galanya kerana untuk mencapai satu matlamat iaitu menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh dan untuk menghapuskan b***-b*** hijau itu selama-lamanya. Terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas.

"..Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga.."

(At-Taubah 9:111)
 

2) Amal Jamaie
 
Didalam hendak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh, burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan, malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan. Maka mereka bersatu, sepenuh tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu.

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

Tetapi adakah burung-burung yang marah ini melanggar saja sesiapa yang serang dulu..?
Tidak, mereka sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza, setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza. Maka, mereka susun siapa yang patut pergi dulu, dan selepas itu siapa yang kemudian. Tetapi kenapa..?
Sebab Saidina Ali mengatakan...

"..Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.."

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

Bagaimana pula cara mereka menyusun siapa yang patut pergi dulu dan siapa yang pergi kemudian..?

Mereka menyusun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu. Maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya. Beerti yang tahu memotong kayu, akan pergi memotong kayu dan yang boleh menghancurkan batu akan pergi menghancurkan batu. Adalah menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk mengesan apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza serta bagaimanakah cara kita ingin menyusun strategi untuk mengalahkan b***-b*** hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit dan dengan masa yang paling cepat.

5) Taat

Sebagai qiyadah, perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah jikalau kita menyuruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan. Sudah pastinya tidak ada orang yang berminat hendak bermain permainan ini dan selama-lamanya b***-b*** hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh jika qiyadah menyuruh serang ke kanan, burung-burung marah itu pergi melayang ke atas.

6) Ukhuwah

Terakhir sekali, kita patut faham bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat. Itulah teras dan tunjang utama kekuatan mereka, ini kerana mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya dan mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara. Jika salah satu daripada saudara kita sakit / derita, kita turut sama merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak dimata kita yang menarik kita ke api neraka.

Kenapa..? Ini keran kita menyayangi saudara kita, sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang dan kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam. Tidak akan wujud game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka. Begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam, malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam.

Sedarlah, Angry Bird bukan sekadar game yang boleh memuaskan hati, tetapi adalah untuk menyedarkan kita, tentang semua perkara di atas. Perhatikan, bukan hanya sekadar permainan yang tidak membawa maksud.

"..Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat.."

(An-Nasr 110:1-3)

Sedarlah, pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna.

Semua yang anda telah baca diatas tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds tetapi masih ada satu lagi pengajaran yang tersirat, iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menewaskan orang kafir sehingga sekarang.

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"
 

12 December 2011

mY BaBy BoY

Anak sedare aku yang tebob..geram..rindu..!!

"..Muhammad Asyik Irshad Iskandar Bin Muhammad Badrol.."


"..Mak Sedarenye pun aku rindu jugak..uhuhu.."

10 December 2011

KeRaNa aKu TeLaH LaRuT Ke DaLaM KaMu


Mungkin Aku Pernah Juga Merasakan Cinta
Tapi Tak Pernah Seindah Ini…
Mungkin Aku Juga Pernah Merasakan Rindu
Tapi Tak Pernah Sedalam Ini…

Mungkin Kamu Takkan Pernah Percaya
Bahawa Sesungguhnya Aku Telah Terjatuh…
Ku Akui Aku Telah Larut
Larut Ke Dalam Kamu Yang Ku Cintai…

Kita Telah Ditakdir Bersama
Teman Hidup Di Dunia…
Malam Siang Kita Jadi Satu
Kerana Engkau Adalah Milik Ku…

Pegang Tangan Ku Seeratnya
Dunia Ini Berputar Ligat…
Mengapa Harus Ada Sesal
Andainya Tersungkur Tetap Bersama…


"..Kerana Engkau Adalah Milik Ku.."

23 November 2011

SuRaT UnTuK BaKaL IsTeRi - BaCaLaH iSi HaTiKu


Buat tatapan bakal isteriku yang tercinta..

Sayang..perkenalan kita yang singkat membawa ke mahligai yang kita impikan bersama..jauh disudut dasar hati abang..hanya nama sayang yang terukir indah di sana..abang menyanyangimu dengan penuh rasa kasih dan sayang..abang ingin hidup bersamamu hingga hujung nafas ini..

Sayang..di waktu pertunangan kita ini..memang banyak dugaan yang melanda..abang harap sayang dapat bersabar..dengan sikap dan perangai abang..ketahuilah...macam mana sekalipun abang marahkan sayang..abang tetap cintakan sayang..rindukan sayang..ikhlas dari hati abang..abang tetap memaafkan sayang..kerana abang telah berjanji..abang akan menjaga sayang..abang takkan tinggalkan sayang samaada abang susah atau kurang upaya..kecuali jika sayang tinggalkan abang..abang redha dengan ketentuan tuhan dalam hidup abang..

Sayang..di saat kita berselisih faham..abang selalu tunggu mesaj dari sayang..call dari
sayang..kadang-kadang sampai abang tertidur..sayang sentiasa bermain di dalam fikiran abang..sayang tahu..bila saja abang dapat mesaj dari sayang..abang selalu tersenyum..abang rasa gembira sangat..macam baru saja abang dapat benda yang berharga..tapi abang buat-buat jual mahal..abang sengaja buat begitu..bukan abang hendak tambahkan sakit di hati sayang..tapi abang cuba untuk tunjukkan abang tegas dengan sayang..

Sayang..abang minta maaf sebab buat begitu..tapi abang ada alasan kenapa abang buat begitu..sebab suatu hari nanti..abang akan jadi suami sayang yang sah..jadi ayah untuk bakal anak-anak kita..jadi ketua keluarga..jadi imam dan contoh untuk keluarga..abang tak mahu sayang terlalu manja dengan abang..bila abang tak ada lagi nanti..abang takut sayang tak boleh berdikari dan jaga keluarga kita dengan baik dan tegas..

Sayang..janganlah selalu merajuk dengan abang..abang sunyi bila sayang senyap dan diamkan diri..hanya sayang kawan abang..teman abang..kekasih abang..abang tak ada sesiapa yang boleh gantikan tempat sayang..abang bersyukur punya kamu sayang..abang harap sangat kita akan sentiasa hidup bersama harungi suka dan duka..tangis dan tawa..tapi kasih takkan pisahkan kita hingga hujung nyawa..

Sayang..hari-hari abang berdoa..agar hubungan kita bertambah mesra..semakin erat..sampai hari pernikahan kita yang kita tunggu-tungu bersama..abang harap masjid yang kita bina ini penuh dengan keberkatan dan limpah kurnia dari ilahi..kerana dia kita ditemukan..kerana dia kita disatukan..semoga jodoh kita berpanjangan..penuh dengan kebahagian..sabar menempuh dugaan..hidup rukun dan damai..

Sayang..bakal isteriku yang tercinta..ingat..abang sentiasa memerlukan sayang dalam hidup abang untuk melengkap perjalanan hidup abang..abang ingin berjalan berpimpin tangan dengan penuh bangga dan ceria bersama sayang..doakanlah semoga kita sentiasa diberi kesempatan untuk segalanya..demi kasih abang terhadap sayang..segalanya abang curahkan untuk sayang..hanya untuk melihat sayang tersenyum bahagia..semoga cinta kita kekal dan dipertemukan sehingga ke syurga..

Insayallah..kerana dia maha mendengar dan mengetahui segala isi hati..

Nukilan ikhlas dari abang buat sayang..


"..Hajatku..cuma ingin hidup bersamamu berkongsi kasih & sayang.."

oRanG BoDoH & oRanG PanDai


Orang Bodoh => Pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar (berlagak macam orang banyak duit.!)
Orang Pandai => Pakai credit card tapi orang lain yang bayarkan (pakai kad orang bodoh la tu..!)

Orang Bodoh => Ada motor tapi pergi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel' la ni..!)
Orang Pandai => Takde motor, takde kereta, tak naik LRT, tapi ada otak (kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak..!)

Orang Bodoh => Company dah sediakan nescafe, milo, biskut and bla bla bla..tapi pergi minum jugak kat cafeteria (kena bayar plak tu..!)
Orang Pandai => Tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut and bla bla bla..semua dia angkut bawak balik (kedekut gile..!)

Orang Bodoh => Beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je lepas tu buang
Orang Pandai => Orang yang tunggu orang bodoh buang lepas tu dia kutip baca semula

Orang Bodoh => Kentut kuat2 dalam office lepas tu bangga dengan baunya
Orang Pandai => Kentut senyap sunyi (takde bunyi) tapi baunya boleh buat unta sakit perut, dhab boleh koma..lepas tu bermati-matian salahkan member sebelah (member sebelah tu plak..si bodoh yg kentut kuat tu la..!)

Orang Bodoh => Ada masalah cerita kat orang pandai
Orang Pandai => Dengar masalah orang bodoh..pastu cerita kat orang bodoh yang lain, pas tu memper bodohkan orang bodoh tu..jadinya orang bodoh yang pertama tu jadi bodohs (plural)

Orang Bodoh => Orang yg buang masa baca cerita ni..!
Orang Pandai => Saper yang forward & share cerita ni..!

Jadi yang mana satu pilihan bijak..? Pandainyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...!!

"..saya pandai..tapi saya suka berlagak bodoh..sebab orang bodoh tak perlu berlagak bodoh.."


27 September 2011

GaDiS & BunGa


Berlenggang Dia Berjalan
Si Gadis Tersayang Manja
Jelingan Yang Manja...

Menuju Dia Ke Kota
Di Tangannya Penuh Bunga
Di Hati Penuh Cinta...

Berbagai Macam Bunga Di Bawa
Untuk Di Jual Di Gerai Mama...

Matanya Lirik-Lirik Selalu
Rupanya Manis-Manis Ayu...

Ramai Orang Membelinya
Bunga-Bunga Jualannya
Si Ayu...Gadis Ayu...

Datang Seorang Pemuda
Dapat Melebur Hatinya
Memetik Oh Cintanya...

Kini Berjalan Dengan Pasangan
Tak Hirau Lagi Dengan Jualan...

Matanya Lirik-Lirik Selalu
Rupanya Manis-Manis Ayu...


GaDis PenJuaL BunGa