Banner created with MyBannerMaker.com

15 December 2011

AngRy BirDs: DaRi PeRsPekTiF DaKwaH DaN TarBiYaH


"..Angry Birds bukan sekadar game untuk hiburan.."
Angry Birds

Salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game applications Apple yang diminati oleh anak-anak ataupun adik-adik kita dari  yang berumur 4 tahun sehinggalah orang dewasa sekalipun semuanya suka bermain game ini..tetapi tidakkah anda pernah tertanya-tanya..? Kenapa..? Apa yang best sangat game ni..? Macam simple saja, game berkaitan burung-burung yang marah kepada b***-b*** berwarna hijau yang mencuri telur mereka..tetapi sedarkah kita sebab dan jawapannya?

Angry Birds sebenarnya dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah..!!

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

Antara ciri-ciri yang paling hebat pasal Angry Birds ini, sebab burung-burung yang marah itu semuanya sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan b***-b*** hijau yang suka tersengih dan ketawa jika masih hidup di akhir permainan. Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri, tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih..? Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri..! Yang putih pula sanggup mengorbankan anaknya..!

Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang untuk menghantar anak yang masih didalam telur ke medan jihad, segala-galanya kerana untuk mencapai satu matlamat iaitu menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh dan untuk menghapuskan b***-b*** hijau itu selama-lamanya. Terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas.

"..Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga.."

(At-Taubah 9:111)
 

2) Amal Jamaie
 
Didalam hendak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh, burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan, malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan. Maka mereka bersatu, sepenuh tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu.

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

Tetapi adakah burung-burung yang marah ini melanggar saja sesiapa yang serang dulu..?
Tidak, mereka sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza, setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza. Maka, mereka susun siapa yang patut pergi dulu, dan selepas itu siapa yang kemudian. Tetapi kenapa..?
Sebab Saidina Ali mengatakan...

"..Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.."

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

Bagaimana pula cara mereka menyusun siapa yang patut pergi dulu dan siapa yang pergi kemudian..?

Mereka menyusun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu. Maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya. Beerti yang tahu memotong kayu, akan pergi memotong kayu dan yang boleh menghancurkan batu akan pergi menghancurkan batu. Adalah menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk mengesan apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza serta bagaimanakah cara kita ingin menyusun strategi untuk mengalahkan b***-b*** hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit dan dengan masa yang paling cepat.

5) Taat

Sebagai qiyadah, perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah jikalau kita menyuruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan. Sudah pastinya tidak ada orang yang berminat hendak bermain permainan ini dan selama-lamanya b***-b*** hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh jika qiyadah menyuruh serang ke kanan, burung-burung marah itu pergi melayang ke atas.

6) Ukhuwah

Terakhir sekali, kita patut faham bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat. Itulah teras dan tunjang utama kekuatan mereka, ini kerana mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya dan mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara. Jika salah satu daripada saudara kita sakit / derita, kita turut sama merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak dimata kita yang menarik kita ke api neraka.

Kenapa..? Ini keran kita menyayangi saudara kita, sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang dan kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam. Tidak akan wujud game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka. Begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam, malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam.

Sedarlah, Angry Bird bukan sekadar game yang boleh memuaskan hati, tetapi adalah untuk menyedarkan kita, tentang semua perkara di atas. Perhatikan, bukan hanya sekadar permainan yang tidak membawa maksud.

"..Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat.."

(An-Nasr 110:1-3)

Sedarlah, pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna.

Semua yang anda telah baca diatas tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds tetapi masih ada satu lagi pengajaran yang tersirat, iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menewaskan orang kafir sehingga sekarang.

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"
 

1 comment:

RiNiEsHa said...

byk jgk yg trsirat ddlm game ni ye..
pe2 pn trm ksh utk info yg best ni..
sy nk main..=D