Banner created with MyBannerMaker.com

10 February 2011

SeJaK KaU TiaDa


Sejak kau tiada..aku sering menyendiri..berbual dengan pokok betik di halaman rumahku..kadang-kadang aku mengikat botol oren dipagar rumah..agar kelihatan lebih cantik..jikalau aku teringat padamu..aku sering membelasah itik serati milik jiran sebelah rumahku..agar kenangan aku denganmu melayang bersama amarahku..bukan kau tidak tahu..betapa aku mencintaimu sehingga aku sanggup berenang merentasi kolam ikan datukmu untuk menyelamatkan belonmu..kau inginkan baju..aku belikan sari..kau ingin makan spagetti..aku belanja capati..kau inginkan itu aku beli ini..apa yang kau mahukan lagi..sehingga aku pun tidak mengerti..

sejak kau pergi..kambing pak dollah menjadi serba salah..kerana tanpa sebab aku tempeleng tulang rusuknya..lembu pak ayob gelisah mengadu pada ketua kampung..kerana aku tarik subang di hidung beliau..bukan sengaja aku hendak berbuat begitu..cuma rasa amarahku meluap-luap bila wajahmu muncul pada mereka..

kau tahu..tiap-tiap hari aku duduk dalam peti sejuk mengenangkanmu..berharap hatiku membeku dari terus mengingatimu..aku putus asa..aku putus harapan..pernah sekali aku di baling selipar jepun oleh mak minah tanpa sebab..apa salah aku..adakah kerana saban hari aku berjalan-jalan mengambil angin diatas bumbung rumah jiran-jiranku..sampai hatimu mak minah..lontaran selipar jepunmu bagaikan peluru menghemtam hatiku yang parah..kau tahu..aku tersungkur ke tanah..empat hari empat malam aku terbungkang di hospital..anak jari kakiku patah..ada kau kisah..sedihnya hatiku..

kau betul-betul tidak pedulikan aku lagi..setelah lama aku masih rindu padamu..setiap malam aku menyanyi lagu brory marantika ditingkap dengan syahdu..sekali lagi aku di uji dengan cinta ini..pak kulub..kau tahu pak kulub yang selalu potong line..bila kita bermain kejar mengejar di kebun sayur beliau..dia melastik tepat ke dahiku..masyallah bengkak sudah dahiku yang luas ini..apa salahku pak kulub..kau memang tak senang hati tengok aku bersenang lenang..katanya telinga dia dah pekak dengar aku melalak..tapi pelik benar pak kulub..kalau dah pekak macam mana boleh dengar..sedihnya hatiku..

kau tahu betapa lara hatiku..kerana terlalu asyik memikirkanmu..aku berjalan sehingga badanku ringan melayang..mataku gelap memandang..sakit mencengkam ke seluruh badan..kenapa semua ni terjadi..aku menjerit memangil mak..mak tolong aku jatuh dalam perigi buta..wawawawawawa..(T_T)

dengan ini tamatlah ceritaku untukmu..


1 comment:

RiNiEsHa said...

mcm2 la mr.yuuki ni..hehe..=)