Banner created with MyBannerMaker.com

08 February 2011

KiSaH BeNaR - KeKaSiHKu SeRu...!!!


Adakah semua ini kebetulan...adakah cerita ini benar...tetapi memang tidak terlintas difikiran kita yang adanya perkara aneh dan pelik seperti ini berlaku...kisah ini benar-benar terjadi diantara seorang jejaka dari selatan dan seorang gadis dari utara tanahair...pada hari raya aidilfitri yang pertama beberapa bulan yang lepas...


Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama azhar 24 tahun seorang kerani firma swasta dan berasal dari johor. Azhar telah berkenalan dengan seorang gadis bernama lina 23 tahun yang lemah lembut, peramah, manja dan periang berasal dari perlis. Perkenalan mereka bermula apabila azhar yang cuba menghubungi sepupunya di utara tanahair telah tersilap ketika menekan nombor telefon. Nombor yang dihubungi azhar sebenarnya adalah nombor lina. Dari situlah bermulanya bibik percintaan diantara azhar dan lina. Dipendekan cerita, setelah lama berkenalan tanpa mengenal diantara satu sama lain dan hanya suara pengganti diri mengubat kerinduan. Kerana ingin sangat bertemu dan menatap wajah yang selama ini dipuja. Azhar dan lina telah mengambil keputusan untuk berjumpa pada hari raya aidilfitri yang pertama tahun ini. Sebelum ini, azhar dan lina masing-masing belum pernah sekalipun bersua muka dan melihat satu sama lain walaupun didalam gambar. Cuma bayangan wajah menjadi tatapan mereka. Mereka telah bersetuju untuk berjumpa dirumah lina dan beraya bersama. Kerana azhar bercadang mahu berjumpa dengan ibu bapa dan keluarga lina. Mereka amat gembira untuk bertemu dan lina telah memberitahu keluarganya serta membuat persiapan menyambut ketibaan azhar nanti.

Tetapi apa yang dirancang tidak kesampaian, lina terlibat didalam kemalangan ngeri yang telah meragut nyawanya pada malam tiga hari sebelum menjelangnya hari raya. Semua ini terjadi tanpa pengetahuan azhar, kebetulan pada hari tersebut telefon azhar tidak dapat dihubungi oleh kelurga lina kerana ada sedikit masalah. Seluruh keluarga lina amat bersedih, azhar jugak tidak dapat dihubungi. Mereka terpaksa mengebumikan jenazah lina dengan selamat tanpa pengetahuan azhar. Disana, azhar resah dan gelisah kerana tidak dapat menghubungi lina. Dia merasakan serba tidak kena jika tidak dapat menghungi lina. Setiap hari suara manja dan mesaj rindu dari lina menjadi peneman dan semangat untuk azhar. Nasib tidak menyebelahi mereka, berpisah selamanya tanpa bertemu dan bertentangan mata.

Sehari sebelum raya, telefon azhar telah siap dibaiki. Azhar cepat menghubungi gadis yang disayanginya bagi melepas rindu. Lega hatinya bila mendengar suara lina dan azhar menerangkan apa yang berlaku kepada lina. Seperti biasa lina tidak pernah marah dan bersikap lemah lembut dengan azhar. Hati azhar semakin berbunga-bunga untuk bertemu kekasih hatinya lina pada keesokan harinya. Sebelum subuh lagi azhar sudah bertolak dari rumahnya untuk ke rumah lina. Hatinya gembira untuk bertemu lina, tidak sabar rasanya hendak menatap wajah lina. Sebelum berangkat tadi azhar telah menghubungi lina memberitahu kedatanganya dan berharap lina menyambutnya. Pada sebelah petangnya, sampailah azhar di perlis dan mencari rumah lina dengan panduan yang diberikan oleh lina. Setelah agak lama mencari, akhirnya azhar telah menemui rumah lina. Sesampainya azhar di hadapan rumah lina, hatinya begitu berdebar-debar. Seronok sungguh rasa hatinya, segala penat lelah dalam perjalanan hilang.

Tetapi lina tidak menyambutnya seperti yang diharapkan, hanya ibu bapa dan keluarga lina yang menyambutnya. Setelah berada didalam rumah lina, azhar masih tercari-cari lina. Bisik hatinya, mungkin lina malu mahu bertemunya biasalah perempuan. Azhar berborak dengan ibu bapa dan ahli keluarga lina, berkenalan dan bermesra dengan keluarga lina. Ternyata mereka semua sama seperti lina, lemah lembut, berbudi bahasa, periang dan peramah. Azhar berasa senang sekali berada disana. Sekian lama berborak, azhar mula bertanyakan tentang lina dan menyatakan hasratnya untuk melihat lina. Dari tadi lagi kelibat lina tidak kelihatan walaupun azhar cuba menjenguk ke dapur dan di setiap bilik yang terlihat. Keluarga lina terkedu dan terkejut, mereka menyangkakan azhar telah mengetahui tentang lina. Sebaliknya azhar sebenarnya belum tahu apa-apa tentang lina. 

Bapa lina mula menceritakan tentang apa yang berlaku pada lina kepada azhar. Sekarang cuma gambar lina yang dapat ditatapi oleh azhar. Azhar begitu terkejut dan tidak mempercayai cerita dari mulut bapa lina, tapi semua ahli keluarga lina nampak begitu sedih apabila sebut tentang lina. Azhar masih memerlukan kepastian, kerana baginya mana mungkin lina sudah meninggal tiga hari lepas, sedangkan dia baru meghubungi lina semalam dan pagi tadi. Lina yang jawab panggilannya, azhar kenal benar suara kekasihnya itu. Tambahan pula setiap mesaj yang dihantar azhar turut dibalas oleh lina. Azhar semakin keliru, fikirannya kusut bila memikirkan tentang lina. Dia menunjukan semua mesaj dan nombor telefon lina yang dihubunginya. Ternyata keluarga lina terkejut dan terkebil-kebil, memang itu mesaj dan nombor lina.

Untuk kepastian yang benar, keluarga lina membawa azhar ke kubur lina. Azhar begitu terkejut, mukanya pucat. Lina bermain didalam fikirannya, bagaimana semua ini berlaku dan dengan siapa dia bercakap serta mesaj kalau bukan lina. Keluarga lina memberitahu, telefon lina hilang semasa dia terlibat didalam kemalangan. Tidak ditemui dimana telefon tersebut, walaupun usaha mencarinya dilakukan. Azhar masih tidak berpuas hati dengan apa yang didengarnya, azhar mengeluarkan telefon dari poketnya dan menaip sesuatu. Azhar cuba menghantar mesaj kepada lina dihadapan keluarga lina."awk..awk sdg wtpe".

Tidak lama kemudian, tiba-tiba telefon azhar berbunyi. Azhar dan keluarga lina amat terkejut, berdebar-debar hati mereka. Azhar meneliti mesaj tersebut, ternyata daripada lina. "xde wtpe pn..sy tgh tgu awk la..knp lmbt sgt..jauh lg ke".Bagai nak rebah ibu lina bila melihat mesaj tersebut, ahli keluarga lina bagai tidak percaya. Azhar dengan takut dan sedih cuba membalas mesaj lina,"awk..ibubapa awk dh bgtau sy sumanya..sy tau..awk dh mnggl". Telefon azhar berbunyi lagi, "ye awk..sy da mnggl..sy cm tunaikn hsrat awk..awk nk sy tgu awk". Azhar tergamam, dia betul-betul rasa sangat sedih dan airmatanya bercucuran. Tidak disangka, lina masih menuggunya walaupun telah terpisah selamanya dan berbeza dunia. Azhar memberanikan diri bertanya kepada lina, "bgimn awk blh bls msg sy..sdgkn awk dh mati". Sekali lagi telefon azhar berbunyi dan mengejutkan semua, "awk..DIGI kn de dmn2"....

 
 >>>LEFT CLICK & SELECT FROM HERE TO SEE WORDS BELOW<<<

hahahahahahahahahahaha.........
korg msti skt hati baca cite aku ni kan..aku olah je cite ni jd mnarik..
hehehehehehehehehehehe.........
jgn mrh...aku tgh boring gile ni..xde keje..smpi siap 1 cite..best x..hehe..

Pengarut,
Yuuki Ichirou


1 comment:

RiNiEsHa said...

nth pe2 je mr.yuuki ni..pnt sy bace taw x..seram je nk bace..alih2 trkene..gramnye..=P