Banner created with MyBannerMaker.com

17 July 2012

10 KeKeJaMaN PeRemPuaN TerHaDap LeLaKi






Berikut adalah 10 perkara yang menjadikan seseorang lelaki mangsa kekejaman seorang makhluk tuhan yang digelar perempuan. Tetapi tidak semua perempuan seperti yang tertulis di bawah, sesetengahnya sengaja mempermainkan lelaki yang mereka kenali dan memanipulasikan lelaki demi kepentingan mereka. Perkara ini juga sama seperti lelaki, tiada sesiapa yang salah dan betul sekiranya perhubungan tidak berlandaskan kepercayan dan kejujuran. Yang paling mustahak adalah cinta dan kasih sayang antara pasangan. Jom kita tengok di bawah.. 

10. Nombor Telefon
Katakan anda telah berhempas pulas untuk menarik perhatian gadis idaman anda sekaligus mendapatkan nombor telefon si dia. Ya, akhirnya dia kelihatan tertarik kepada anda dan si dia memberi nombor telefon kepada anda. Tetapi bukan nombor telefon dia, tetapi jiran sebelah dia. Kejam nya si dia, anda mungkin kebingungan memikirkan.

9. Kedai Percuma
Berhati-hati apabila anda mempunyai teman wanita tahap ‘HOT’ baik punya kerana apabila si dia malas untuk keluarkan duit atau ingin rasa dihargai, si dia akan mula mengambil handphone dan mencari mangsanya untuk diajak keluar. Kemudian apabila keluar, dia akan mula menunjukkan perangai manja semata-mata untuk mendapatkan semuanya secara percuma. Kejam nya si dia, anda mungkin pokai sebelum hujung bulan.

8. Parasit

Perempuan jenis ini adalah seseorang yang merasakan diriya tidak boleh hidup tanpa berpasangan dengan lelaki. Selagi masih belum jumpa lelaki baru, si dia akan terus menghisap segala-galanya daripada anda. Apabila si dia jumpa lelaki yang lebih ‘baik’, si dia akan tinggalkan perhubungan yang sedia ada dan mula hinggap ke mangsa yang baru. Segala kata-katanya adalah murahan semata-mata. Kejam nya si dia, anda berhabis demi si dia.

7. Ratu Putar Emosi
Menangis…Menangis…Menangis... Sedingin mana pun lelaki terhadap perempuan, tetapi apabila perempuan mula menangis, lelaki akan mula gelabah dan cari jalan untuk buat perempuan berhenti menangis. Kalau kena yang jenis kuat menangis lepas tu manja, sengsara. Kejam nya si dia, anda mesti gelisah dan membuat bermacam-macam untuk si dia.

6. Fizikal
Kadangkala susah jugak kalau perempuan ni terlebih pandai. Perempuan akan sesenang hati pukul, debik, dan belasah lelaki tetapi apabila lelaki mula angkat tangan, mulalah kata ayat biasa dia.
“Lelaki tak elok pukul perempuan taw…Dayus...” Kejam nya si dia, anda jadi tempat si dia melepas geram.

5. Kritik
Perempuan tahu malu kalau kena kritik di khalayak umum tapi perempuan tidak sedar kadangkala percakapan dan pebuatan dia telah mengkritik lelaki di khalayak ramai dan lebih tak berhari perut sehingga menjatuhkan maruah dan ego seorang lelaki. Kejam nya si dia, anda tentu berasa sedih dan kecewa.

4. Available
Anda sebagai seorang lelaki terlalu sayangkan kekasih anda tetapi si dia seolah-olah menganggap dirinya masih lagi available dengan menjadi tumpuan lelaki dan membenarkan bermain cinta dengan lelaki lain dan bagi dia, ianya satu kepuasan! Kejam nya si dia, sedangkan and mencintai nya separuh mati.

3. Seks (Yang Berkahwin Sahaja)
Seks umpama nyawa kepada lelaki. Namun apabila seorang suami mengajak isterinya untuk bermesra dan isterinya menolak tanpa alasan yang tak munasabah, itu sesuatu yang memang kejam! Terseksa jiwa dan raga akibat memendam rasa. Tidak baik dan berdosa seorang isteri menolak kehendak suami.

2. Kawan Vs (Awek or Isteri)
Si dia tahu anda akan keluar untuk tengok bola final ‘Liga Juara-Juara’ dengan kawan-kawan, tetapi dia dengan ‘slumber nya’masih  telefon anda untuk datang berjumpa dengannya, kalau tidak datang, putus hubungan. Kalau si dia nak join tengok bola juga tak apalah jugak. Ini cuma hanya sebab nak katakan dia cinta anda dan rindukan anda, ingin selalu bersama anda. Kejam nya si dia, sampai anda tiada masa dengan kawan-kawan.

1. Mengurat
Kalau lelaki lain mengurat kekasih atau gadis idaman anda mungkin masih boleh ditumbuk-tumbuk lelaki tersebut. Tetapi perempuan memang betul-betul kejam apabila dia tahu anda cinta dan sayangkan dia tetapi sengaja mengurat lelaki lain dihadapan anda dengan cara layanan yang tidak pernah anda sendiri rasakan. Kejam nya si dia, membuat hati anda terbakar.


P/S : Peringatan kepada kaum hawa, jika anda mahu lelaki menjaga hati anda sebaik mungkin dan memahami anda. Cubalah untuk menjaga hati dan memahami mereka dengan sebaik mungkin. Dengan begitu, lelaki akan lebih menghargai anda walaupun anda tidak pernah lihat mereka tunjukkan nya. Ini kerana mereka menghormati anda dari dalam. Kerana mereka adalah lelaki yang tidak mahu egonya dipandang rendah oleh anda.


No comments: