Banner created with MyBannerMaker.com

19 September 2011

KiSaH TenTanG TaLi GanTunG

TALI GANTUNG

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satunya berharga di antara RM4,000 hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilogram selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya dan tidak boleh terus dipasang, ada cara-cara yang perlu diikut. Terdapat empat jenis tali dan setiapnya dipilih mengikut berat badan banduan.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi. Satu jam diberikan kepada petugas untuk melaksanakan hukuman.

Untuk banduan beragama Islam biasanya akan menjalani hukuman gantung pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya sama, cuma harinya boleh berbeza.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (akan digantung).

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal datang menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.' Lazimnya suasana pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka rajin bersembahyang, tidak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Ada sesetengah banduan berpuas hati dan memberitahu nasib mereka lebih baik dari orang lain kerana mereka sudah tahu bila mereka akan mati. Bila pintu dibuka untuk membawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang bersalaman dengan pegawai bertugas dan mengucapkan terima kasih. Katanya sudah tidak tahan lagi menunggu.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. 'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.
Ada banduan beragama Islam hanya mahu memakai kemeja ‘T’ dan berseluar, ada juga berbaju melayu lengkap. Ada yang memilih kot dan tali leher dan ada yang memakai
kasut berharga RM300. Kerana mahu mati dengan penuh gaya.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG / TERBUKA

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya apabila 'gear' ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' untuk membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut arahan, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada petugas penjara. Mereka sering menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

Segala-galanya bermula dari keluarga. Jika keluarga tidak mengawal, anak-anak mudah terpengaruh dengan jenayah. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga menjadi penagih, satu keluarga akan terjejas dan kebanyakan daripada kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

p/s: info yang menarik..orang Islam yang dihukum gantung semuanya digantung pada hari Jumaat..terdapat kelebihan pada orang yang mati pada hari Jumaat..wallahualam..


Don’t walk in front of me, I may not follow
Don’t walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend..

People will forget what you said
People will forget what you did
But people will never forget how that you made them feel..


1 comment:

RiNiEsHa said...

takot...dtgnya mati..tnp seru..!!