Banner created with MyBannerMaker.com

28 June 2011

10 PerKaRa BukTi LeLaKi iTu RuMiT




Betul ke lelaki itu rumit..? Tidak semua lelaki itu rumit, cuma ada sesetengah & kadang2 saja berperangai sebegini. Dibawah terdapat 10 perkara yang patut kita tahu & kongsi bersama. Hanya untuk pengetahuan am kepada lelaki & juga perempuan. Kepada kaum hawa, jika kamu bertemu kaum adam yang seperti tersenarai di bawah "sabo je la"..=)

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong & perasan cantik.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia akan berkata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu hanya menyusahkan.
Jika kamu tidak memberitahu, dia akan tuduh kamu tidak mempercayainya.

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam & jahat.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar..=D
 
"..sama2 patut ambil tahu..sama2 patut memahami..jika betul2 mengenali antara satu sama lain.."

1 comment:

RiNiEsHa said...

ehe..btul ssgt..mr.yuuki..awk pn sama..aha..=D