Banner created with MyBannerMaker.com

01 April 2012

ApaBiLa LeLaKi KeHiLanGaN TuLanG RuSuK


WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap wajah wanita dengan pasti)

Kamu, tulang rusukku..

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi !!”.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku !!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA: Baik. Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “selamat tinggal...”

Seminggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?

 



PeRemPuaN MeManG TaK GuNa..!!




Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda pasti tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan murahan saja.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki jahat.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda Nabi SAW bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Setiap lelaki yg terbau haruman itu akan menghadiahkan 1 dosa zina untuk perempuan itu. Bayangkan la kalau ada sejuta lelaki sehari yang menikmati bau wangian yang dipakainya itu. Nauzubillah….

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan memang tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk ‘perbukitan’ pada badannya . Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini ”Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sebagai berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kepada mereka. “Penyakit dalam hati” adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya.

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

 "..telah Allah S.W.T menciptakan perempuan itu sebagai perhiasan syurga dunia yang tidak ternilai sifatnya (solehah) dan berharga (aurat) sepanjang hayatnya.."


30 January 2012

PeLuK sUaMi 10 SaaT PanJaNgKaN UmuR..??


"..kene peluk erat2.."

Ceramah Datuk Haji Mohd Fadzilah Kamsah sangat menarik banyak perhatian. Katanya, seorang isteri atau suami yang berpeluk sebelum pergi kerja selama 10 saat akan dapat memanjangkan umur pasangan sebanyak 5 tahun. Ini adalah kajian sains dan kesihatan yang telah dibuat oleh pakar kesihatan. Namun kita masih lagi berpegang dengan ajal maut di tangan Allah.

Hasil dari kajian sains, apabila kita memeluk suami kita 10 saat, pelukan dan sentuhan akan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan hormon endorfin yang sangat baik untuk kesihatan. Hormon ini dikatakan boleh mengurangkan keresahan.

Pelukan isteri juga membolehkan suami menjadi lebih bertenaga pada waktu pagi. Ego suami juga menjadi kurang dan mudah untuk bermaaf-maafan.


TeRaPi KamBinG




Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi kerana dagingnya yang dikatakan ‘panas’. Hakikatnya, daging kambing adalah daging yang terbaik di antara daging-daging yang boleh dimakan. Lebih dari itu, mengembala kambing juga merupakan terapi yang baik untuk kesihatan dan mewujudkan rasa rendah diri kepada si pengembalanya. Kerana itulah kebanyakan Nabi dan Rasul mengembala kambing.

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).

2.  Kolestrol daging lembu dan ayam.

3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.

4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.

5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.

6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.

8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
 
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah berkaitan dengan kawasan Thalamus. Thalamus berfungsi menjaga kasih s ayang . Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang .

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang . Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.


20 January 2012

PerKaTaaN LaZiM YanG Di GuNaKaN oLeH PeRemPuaN..!!

FINE..!!

hey guys, sini aku nak share sikit sebanyak tentang perkataan lazim yang selalu kita dengar bila bergaduh dengan perempuan a.k.a awek or kekasih korang. So korang boleh aware bila berada dalam situasi ni..FINE..!! 
FINE
Inilah perkataan yang perempuan paling suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia je yang betul dan anda pastinya kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai, ini hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Anda sepatutnya faham, ini sebenarnya adalah setengah jam. Ianya sama juga dengan lima minit dalam perlawanan bola sepak yang akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga guys..! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar di dalam perasaan & dalam kepala seperti mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'..!!

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'..! PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak, sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk..=P

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang b**** ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

Whatever....=P
 

kHaSiaT AiR KeLaPa


"..kelape mude.."
(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu di dalam badan.

(2) Air kelapa mampu untuk menambah lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi . Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.

(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

(4) Apabila seseorang bersenam , badan mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air di dalam badan anda.

(5) Khasiat yang ada di dalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet . Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman di dalam tubuh anda.

(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.


(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah di dalam tubuh seseorang.


MaRi KiTa BaCa DaN ReNunG-ReNuNgKaN



"..berdoalah selagi mampu mengangkat tangan.."

1. Yang Singkat Itu “WAKTU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Mensia-siakannya?

2. Yang Menipu Itu “DUNIA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Sukakannya?

3. Yang Dekat Itu “KEMATIAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Buat Persiapan Untuk Menghadapinya?

4. Yang Besar Itu “HAWA NAFSU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Mengawalnya?

5. Yang Berat Itu “AMANAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Berebut-rebut Mahu Memikulnya?

6. Yang Sulit Itu “IKHLAS”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Cuba Mendapatkannya?

7. Yang Mudah Itu “BERBUAT DOSA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Menghindarinya?

8. Yang Susah Itu “SABAR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Merasai Kepentingan Dan Bermujahadah Dalam Menahan Perasaan?

9. Yang Sering Lupa Itu “BERSYUKUR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Lagi Yang Kufur?

10. Yang Membakar Amal Itu “GHIBAH” (MENGUMPAT)…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Menjadikannya Hobi, Mengumpat Sana Sini?

11. Yang Mendorong Ke Neraka Itu “LIDAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Bermulut Lazer, Bercakap Bohong Dan Berkata Dusta? Atau asyik Nak Mengata Orang Saja?

12. Yang Berharga Itu “IMAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Memantapkannya?

13. Yang Menenteramkan Hati Itu “TEMAN SEJATI”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Suka Cari Musuh Dari Cari Teman Sejati?

14. Yang Ditunggu Allah SWT Itu “TAUBAT” hambaNya…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Sedar Diri…Berasa Dirinya Sudah Cukup Baik?

Oleh itu, aku berpesan kepada diri aku dan kita semua untuk sama-sama bermuhasabah diri dan sentiasa mencerca diri sendiri . Ingatlah tujuan kita hidup atas dunia yang sementara ini. Maut pasti menjelma.
 

19 December 2011

IniLaH CaRa MemBuaT NaSi KangKanG YanG SeBeNaR


Hendak tahu cara membuat Nasi Kangkang yang sebenar..?
Tuuuuu..sila tengok dibawah..Gerenti mujarab..!!
l
l
l
l
l
l
l
l

Enak..!!!!!!!!

InDaHnYa ApaBiLa BerNiKaH


"..jika kita telah ditakdirkan bersatu..aku ingin selamanya denganmu.."
Pahala yang mencurah2 kepada anda yang mengelak daripada zina..!!

Saat akad nikah ~ PAHALA..!
Renung isteri ~ PAHALA..!
Main kenyit2 mata dengan isteri ~ PAHALA..!
Suami pegang isteri ~ PAHALA..!
Cium isteri ~ PAHALA..!
Suami peluk isteri ~ PAHALA..!
Suami bernafsu tengok isteri ~ PAHALA..!
Mandi bersama-sama dengan isteri ~ PAHALA..!
Suami setubuh isteri ~ PAHALA..!
Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ PAHALA..!
Suami marah isteri (untuk menegur) ~ PAHALA..!
Suami ajar isteri fardhu'ain ~ PAHALA..!
Suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI GANDA PAHALA..!
Setiap apa dilakukan dengan isteri ~ ADALAH PAHALA..!!

Masya’Allah..SERONOKNYE..! (^_^)


“..Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui..”
(Surah an-Nur : 32)

“..Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua..”
Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa’i, At-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.

“..Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir..”
(Surah ar-Rum: 21)

 

SuRaT UnTuK BaKaL SuaMi - KeTaHuiLaH iSi HaTiKu

"..Saat ku kucup tanganmu, hanya dikau sehingga keakhirnya.."

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak. Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Karenanya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah, kepadamu yang akan memilihku kelak. Aku tidak sebijak Bonda Khadijah, karenanya ku ingin kau tahu, aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, karena bagiku kaulah pemimpinku, tidak akan berani ku membangkang padamu.

Duhai kau yang telah memilihku kelak. Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti, insya’Allah.

Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau karena seharian ku harus membenahi istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja. Maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana.

Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetik pun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang sakit dan ku tahu kau letih mengais rezeki untuk kami, maka tidak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku. Padamu yang menjadi nakhoda dalam hidupku kelak.

Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu.

Maka bersabarlah, yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku. Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tidak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi terkadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.

Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku dan bisikkan kata sayang di telingaku, tegurlah aku dengan hikmah, kerana dengan itu ku tahu kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak. Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah. Maka jangan pernah bosan mengajariku dan membimbingku ke arah-Nya walau terkadang aku begitu bebal dan biadap, tetapi jangan pernah letih mengajariku. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku. Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.

Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu. Maka jangan pernah berpaling dariku. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah, iaitu rasa cintaku padamu.

Ketahuilah, tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu. Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.

Maafkan aku karena aku bukan puteri. Aku hanya wanita biasa, terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA dan semoga kita bisa sama-sama bahagia.


16 December 2011

JaDiLaH SuaMi PuJaaN IsTeRi


"..sesekali pekalah pada kehendak isteri & layanilah kerenah manja si isteri.."

Setiap wanita bergelar isteri sentiasa berdoa agar dianugerahkan seorang suami yang baik dan mampu menjaga keluarga selama-lamanya. Baik dari sudut agama mahupun hal-hal dunia, suami ini tidak cepat melatah untuk menangani apa sahaja masalah yang timbul.

Selain menyenangkan, suami juga diharap menjadi pembantu yang baik dalam rumah tangga. Pastinya satu bonus yang sangat bermakna apabila isteri benar-benar dipasangkan dengan suami sebegini. Jalinan rumah tangga lebih bahagia dan diberkati oleh-Nya. Tapi selain daripada dua perkara ini, apa lagi ciri yang membolehkan seorang suami itu pujaan isterinya.

Matang membuat keputusan

Tidak dinafikan kebanyakan lelaki masa kini dilihat matang sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Bagaimanapun setelah berkeluarga dan memikul tanggungjawab besar, rata-rata darinya mengeluh dan seakan ingin lari dari masalah yang ditempuh.

Usah begitu. Masalah adalah guru yang paling baik untuk mendapatkan hari depan yang cemerlang. Oleh itu cubalah belajar menjadi individu yang matang agar setiap keputusan yang dibuat tepat dan bermakna. Kebiasaannya, isteri gemar mendapatkan pandangan suami sebelum membuat sesuatu perkara. Biarpun dia mampu lakukannya tetapi kata-kata yang keluar dari mulut suami lebih memberi makna. Untuk itu berusahalah kerana ada kejayaan di sebaliknya.

Bantu uruskan anak-anak

Sering kedengaran dalam perkahwinan, isteri dilayan bagai puteri ketika disahkan berbadan dua. Lebih-lebih lagi ketika mengandungkan anak yang pertama. Apa sahaja yang diidamkan pasti tertunai dengan segera. Tetapi, setelah melahirkan, segala tanggungjawab menjaga dan mengurus anak-anak diletakkan sepenuhnya ke bahu isteri.

Suami yang baik adalah suami yang sentiasa merasa kasih dan simpati kepada isteri. Kerana itu maka kongsilah tanggungjawab bersama. Sekiranya isteri sibuk di dapur maka ringankan tulang untuk memandikan anak atau memantau mereka membuat kerja-kerja sekolah. Bukankah lebih bahagia?

Pakar dalam banyak perkara

Sebutlah apa sahaja, suami dengan segera akan memberikan jawapan biarpun ada kalanya jawapan yang diberikan tidaklah setepat mana. Isteri pastinya kagum dengan ‘kebolehan’ suami tercinta.

Baik politik, ekonomi dan sebagainya, suami boleh dikira arif untuk menghuraikan serba sedikit. Secara tidak langsung, suami akan dijadikan tempat rujukan pertama sebelum beralih ke sumber seterusnya.

Tegas dan berpendirian

Seorang suami akan lebih dihormati sekiranya ada ketegasan dan pegangan dalam hidup. Apabila mendengar sesuatu perkara, suami dengan segera akan mencadangkan sesuatu yang lebih baik berdasarkan dari apa yang di fikiran. Bukan niat membantah tetapi memberi pandangan agar perkara yang ingin dilakukan berjalan lebih lancar dan sempurna. Tidaklah seperti lalang yang hanya akan meliuk lentuk apabila diterbangkan angin.

Ringan tulang

Kalau masa bujang dahulu, boleh dikatakan hampir semua perkara dilakukan sendiri. Dari memasak, membasuh pakaian hinggalah kerja-kerja mengemas rumah, semua ditanggung beres. Tetapi setelah mendirikan rumah tangga, isteri mengambil alihnya. Janganlah begitu.

Ringankan tulang membantu isteri yang kepenatan mengurus itu dan ini. Sekali sekala, bantulah isteri walaupun hanya membasuh pinggan di dapur. Tentu ada yang tersenyum gembira melihatkan perubahan dari suami pujaan hatinya.

Seimbangkan ilmu dunia dan akhirat

Sedarlah bahawa tanggungjawab suami tidak hanya mencari nafkah untuk keluarga bahkan perlu memastikan isteri serta anak-anaknya mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Justeru, kemahiran ilmu agama perlu ada dalam diri setiap suami.
Biarpun ia antara cabaran yang harus dilakukan maka sahutlah dengan berani. Carilah masa untuk mengimamkan solat berjemaah dengan ahli keluarga atau sekali-sekala, bertadaruslah bersama mereka agar rasa hormat dan kasih sayang yang selama ini terjalin bertambah segar dan berkekalan selama-lamanya. Sekiranya tidak mampu maka dapatkan khidmat guru agama untuk mengajar di rumah anda. Belajarlah bersama-sama.

Usia Suami 40-an, Perkahwinan Mungkin Diuji

Sering terjadi kepada lelaki yang memasuki usia 40-an. Saat ini lelaki seakan kembali ke usia muda. Mereka mula mengambil perhatian terhadap penampilan dan berani menjeling-jeling gadis-gadis muda. Bagi yang terlalu mengikut perasaan dan tidak mengawal nafsu, rumah tangga boleh goyah kerananya. Malah ada yang sanggup meninggal isteri dan anak-anak kerana hawa nafsu mereka.

Oleh itu bagi isteri yang punya suami memasuki usia fasa ‘4 siri’ ini seharusnya melakukan persiapan kerana tatkala ini komitmen perkahwinan kembali teruji. Komunikasi dan pemahaman memainkan peranan yang sangat penting bagi pasangan yang mulai memasuki masa akil baligh kedua ini.

Situasi yang berbeza antara suami dan isteri sering kali menyebabkan konflik. Suami semakin bersemangat dalam banyak perkara, sedangkan isteri semakin lesu dan kurang ghairah. Bila ini yang terjadi maka komunikasi yang baik amat perlu di antara pasangan.

Sebarang krisis harus diselesaikan dengan baik. Buat isteri fahami keadaan yang dilalui suami ini, anda juga harus berubah. Lakukanlah sesuatu agar cinta kekal di hatinya. Kepada suami pula jangan terlalu mengikut perasaan anda. Fikirkanlah tentang keluarga yang telah anda bina selama ini.

"..rukunnya rumah tangga datangnya dari suami  yang bertanggungjawab dan memahami kehendak isteri..isteri bukan sekadar kelengkapan..tetapi adalah segalanya harta dunia yang seorang suami mampu miliki.."