KELAPA PARUT
Belah kelapa tua dan ambil sebahagian sahaja. Gunakan sebahagian pada 31 December 2012 dan sebahagian lagi pada 1 January 2013. Dengan itu kelapa parut anda tidak akan basi/busuk dan akan dapt bertahan selama setahun.
NASI/LAUK
Jangan gunakan jari/tangan semasa mengambil nasi/lauk kerana terdapatnya bakteria dan menyebabkan nasi/lauk cepat basi. Ceduk menggunakan senduk/sudu untuk tahan lebih lama dan pastikan senduk/sudu tersebut kering. Dengan itu nasi/lauk anda boleh di makan berhari-hari jika di simpan dengan baik di dalam peti sejuk dan di panaskan ketika hendak makan.
PAKAIAN
Jangan rendam pakaian anda di dalam serbuk pencuci terlalu lama. Elak menggunakan mesin basuh, jangan menjemur pakaian di bawah mentari yang terik, elakkan dari mengguna peluntur, jangan gunakan ketika mandi di pantai, gantungkan/lipat bila disimpan, elak dari mencuci menggunakan air jeram/hujan dan jangan beri pinjam kepada kawan. Jika hendak simpan lebih lama lagi, seeloknya beli baju pada raya tahun 2012 dan pakai ketika raya tahun 2014.
KERETA
Selepas anda membeli kereta baru, simpan di dalam garaj dan tutup baik-baik. Pastikan garaj anda adalah jenis kedap udara supaya tiada udara lembab yang menyebabkan karat dan bagi menghindarkan habuk melekap pada badan kereta. Kemudian bayar pinjaman kereta anda sehingga habis mengikut tempoh bayaran. Selepas selesai, anda boleh keluarkan kereta anda dan gunakan. Kereta anda masih lagi baru seperti hari pertama anda simpankan ia.
KENYANG
Sebelum makan anda haruslah membaca " bismillahirrahmanirrahim " dan doa sebelum makan. Apabila selesai makan anda haruslah mengucapkan " alhamdulillah " beserta doa sesudah makan. Insyallah kenyang anda akan tahan sehingga anda merasa lapar semula.
UMUR
Banyakkan senyum, jangan fikir semua masalah, kalau ada masalah cepat-cepat selesaikan, sembahyang, berdoa, baca al-quran, berzikir dan jangan merokok. Setiap orang pasti datang ajalnya, malah kita tidak tahu bila tiba masanya. Jadi banyak-banyakkan beramal, insayallah jika umur kita masih panjang diizinkan allah s.w.t.
ROKOK
Jangan hisaplah..!! Letak atas meja dan pandang saja.
nota kaki : hai, cepat betul bukak bila berkaitan petua-petua tahan lama ni, iye..? =P