Banner created with MyBannerMaker.com

08 November 2012

DeMi MaSa

 "..Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian.."
1 Hari = 24 Jam
1 Tahun = 12 Bulan
12 Bulan = 52 Minggu
52 Minggu = 365 Hari
365 Hari x 24 Jam = 8,760 Jam
8,760 Jam x 60 Minit = 525,600 Minit
525,600 Minit x 60 Saat = 31,536,000 Saat


Kadar Normal Manusia Meninggal Dunia (Tahun)
Tidak Kurang < 60 tahun dan tidak lebih > 70 tahun = dalam lingkungan 60th - 70th iaitu 65 tahun.

Carta dan Kadar Hidup
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 tahun – 70 tahun majoritinya. Puratanya manusia meninggal adalah dalam lingkungan umur  ±65 tahun.

"Baligh: Iaitu permulaan umur untuk seseorang manusia di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"

Laki-laki Baligh ± 15 tahun                           Wanita Baligh  ± 12 tahun

Usia yang hanya ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya adalah:

Mati - Baligh = Baki Usia : 65 - 15 = 50 tahun

Dalam kehidupan anda selama 50 tahun, adalah digunakan untuk apa?

Catatan dan Pengiraan
50 Tahun = 18,250 Hari
18,250 Hari = 438,000 Jam
12 Jam Siang + 12 Jam Malam = 24 Jam Sehari Semalam ( 1 Hari )

Gambaran Kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama, waktu kita tidur adalah ±8 Jam / Hari, ini beerti dalam masa 50 tahun, waktu yang habis di guna untuk tidur adalah :-

18,250 Hari x 8 Jam = 146,000 Jam
146,000 Jam / 8,760 Jam ( iaitu 365 Hari ) = 16 Tahun 7 Bulan ( ±17 Tahun )
Logiknya : Alangkah sayangnya waktu selama 17 tahun anda habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya.

Waktu aktiviti kita di siang hari pula adalah ±12 Jam / Hari, ini beerti dalam masa 50 tahun, waktu yang habis di guna untuk semua aktiviti adalah :-

18,250 Hari x 12 Jam = 219,000 Jam
219,000 Jam / 8,760 Jam ( iaitu 365 Hari ) = 25 Tahun
Aktiviti di siang hari : Ada yang bekerja, ada yang belajar di sekolah atau kuliah, ada yang makan, ada yang berjalan-jalan, ada yang duduk, dan banyak lagi.

Waktu rehat anda pula ±4 Jam / Hari, bermakna dalam masa 50 tahun waktu yang di gunakan untuk berehat adalah :-

18,250 Hari x 4 Jam = 73,000 Jam
73,000 Jam / 8,760 Jam ( iaitu 365 Hari ) = 8 Tahun 3 Bulan ( ±8 Tahun )
Semasa Berehat : Menonton tv, bersama keluarga atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.
17 Tahun + 25 Tahun + 8 Tahun = 50 Tahun

Lalu Bila Anda Sempat Beribadah?
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud ; “TidakKU ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU.”

Maut datang menjemput tak pernah bersahut, Malaikat datang menuntut untuk merenggut, Manusia tidak kuasa untuk berkata-kata, Allah Maha Kuasa atas Syurga dan Neraka, Terimalah habuanmu seadanya.

Memang benar, menuntut ilmu itu adalah ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan mahu belajar.

Memang benar, bekerja mencari nafkah itu juga ibadah, tetapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
"Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya"

Lalu Bila Anda Hendak Beribadah?
Mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi, kerana kita fikir solat wajib besar pahalanya, solat adalah amalan pertama yang di hisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga. Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima. Adakah anda yakin?

Berapa banyak solat kita dalam masa 50 tahun?
1 Solat = ±10 Minit          5 Solat = ±1 Jam
Dalam masa waktu 50 tahun dan waktu yang di gunakan untuk bersolat  adalah :-
18,250 Hari x 1 Jam = 18,250 Jam
18,250 Jam / 8,760 Jam ( iaitu 365 Hari ) = 2 Tahun

Kesimpulannya : Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia ini cuma 2 tahun untuk solat ( dalam hitungan 10 minit ). Jika solat itu di lakukan seperti  ayam mematuk tanah, bagaimana pula? Cuma ada 2 tahun daripada 50 tahun untuk kesempatan kita, itupun belum tentu lagi solat kita bermakna, berpahala dan di terima oleh Allah swt.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun itu tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun iaitu dalam percakapan kita yang selalu berdusta, baik yang di sengajakan ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris hati orang-orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut dan bakhil bagi mengeluarkan zakat terhadap orang faqir dan dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa. Nescaya, tiada maknanya segala solat anda diterima oleh Allah swt.

Logiknya : Bukan suatu yang mustahil bagi kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelak di atas kelalaian. Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia ini dan semuanya itu akan bertukar menjadi bencana.

Penyelesaian :  Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu dengan cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat. Ingatlah negeri kita ‘Akhirat’ yang di dalamnya ada taman ‘Syurga’ untuk yang melaksanakn tuntutan dan seksaan ‘Neraka’ bagi yang menginkari perbuatan.

"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan, Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''

BeNarKaH BuMi aKaN BerGeLaP PaDa DiSemBeR 2012


Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan bergelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.


Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia  dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari itu.
Nota Kaki - Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi pada 3 hari tersebut, tetapi ramai yang tidak percaya. Kita tunggu dan lihat saja nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 itu. Ini hanyalah jangkaan atau ramalan manusia yang tidak pasti. Tetapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tersebut.

26 October 2012

GemPaR!! DuA PeRaGuT DiSemBeLiH PenDuDuK KamPunG KuBu GaJaH SeLaMa PeRaK!


SELAMA – 26 Oktober 2012, nasib malang menimpa kepada 2 peragut disini yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk Kampung Kubu Gajah, menurut saksi, Hj. Ahmad Osman, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua itu peragut telah membawa sebilah parang yang tajam untuk terus menetak leher peragut tersebut.


Bukti. Darah di tempat kejadian
Bagaimanapun perbuatannya sempat dihalang oleh orang-orang kampung yang lain yang menyaksikan kejadian tersebut. Namun ketika peragut itu ditangkap, saksi mengatakan tidak ada satupun barang berharga berjaya ditemui.

Salah seorang penduduk kampung yang juga merupakan ketua kampung tidak dapat menahan perasaan marah dan berang kepada peragut itu telah memerintahkan beberapa penduduk kampung menyembelih kedua-dua peragut ini. Peragut-peragut itu cuba merayu dan berusaha untuk melepaskan diri dari kepungan orang ramai tapi tidak berjaya.

Ketika kejadian, kaki dan tangan peragut tersebut di ikat dan di baringkan ke tanah. Penduduk kampung mula berkerumun untuk melihat kejadian tersebut. Ramai yang gelisah dan merasa kurang senang dengan tindakan terbabit. Tetapi tiada seorang pun yang berani untuk menghalang.

Sambil bertakbir dan melaungkan kalimah Allahuakbar, kedua-dua peragut telah di sembelih serentak oleh beberapa penduduk kampung yang melaksanakan hukum tanpa rasa belas kasihan.

Darah menyembur keluar dari leher peragut tersebut, namun tiada seorang pun penduduk yang dapat menghalang perbuatan itu. Maka tamatlah riwayat hidup peragut terbabit, kerana yang disembelih itu ialah dua ekor lembu yang meragut rumput dan hukumnya adalah wajib disembelih untuk menyempurnakan ibadah Hari Raya Korban Aidil Adha bagi umat islam seluruh dunia.

Salam Aidil Adha Maaf Zahir Dan Batin.
Dari Yuuki Ichirou sekeluarga. Jemput datang rumah. (^_^)V

23 October 2012

aPaKaH kHaSiaT BuRunG MerPaTi


Bagi penggemar daging burung, mungkin burung merpati bukanlah asing bagi mereka selain burung puyuh. Namun, tahukah anda apakah khasiat burung merpati? Sebenarnya ia banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Daging burung merpati mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.Ketahui apakah khasiat di bawah ini.


Khasiat Daging Burung Merpati
Cara nak menikmati daging burung ini boleh pelbagai mengikut kreativiti masing-masing. Nak buat barbecue  atau buat gulai semua boleh. Tapi satu cara yang sangat-sangat digalakkan terutama bagi wanita ialah buat sup burung merpati.
Dikatakan amalan makan burung merpati yang jantan, dapat membantu mengubati penyakit-penyakit berikut:
  •     penyakit lembik.
  •     penyakit kebas-kebas badan.
  •     penyakit lumpuh.
Menurut orang tua-tua dulu, amalan makan burung merpati betina pula ialah:
  •     Menguatkan tenaga jimak.
  •     Dapat memanjangkan umur. InsyaAllah.
Khasiat Sup Burung Merpati Untuk Wanita
Menurut cerita seorang pengamal perubatan bidan kampung, dahulu kebiasaannya kalau ada yang ada kemasalahan kesihatan terutamanya berkaitan sakit orang perempuan selalunya diaorang akan datang mendapatkan nasihat dan rawatan daripada bidan kampung.
Menurutnya lagi, kalau ada gadis yang mengalami masalah selaput dara terkoyak, makanya akan disyorkan gadis itu memakan sup burung merpati. Kes-kes sedemikian memang ada berlaku dan terjadi terutama kepada anak-anak dara yang terlalu aktif dengan sukan lasak atau contohnya tersadung semasa menaiki basikal dan aktiviti yang seangkatan dengannya.
Untuk menilai tahap keberkesanannya pula, belum ada jawapan dengan pasti. Katanya mungkin berminggu dan mungkin ada yang sampai sebulan dua. Cuma katanya, seseorang yang mengalami masalah itu boleh merasai bahawa selaputnya daranya telah pulih kembali selepas mengamalkan makan sup burung merpati selama 2-3 kali seminggu.
Nota Kaki - Keberhasilan tentang sesuatu benda yang kita usahakan adakalanya datang dengan cepat ataupun sebalik. Kita perlu snetiasa berusaha dan bertawakal di penghujungnya. Setiap apa yang kita lakukan adalah berdasarkan atas izin Allah SWT. Jadi selepas ini boleh mencari burung merpati untuk dijadikan sebagai satu makanan yang berkhasiat.

10 RaMuaN BaHaYa DaLaM MeE SeGeRa


Memang tidak dinafikan, ramai yang sudah tahu keburukan memakan mee segera. Tetapi mee segera tetap menjadi pilihan kerana harganya yang murah, mudah untuk menyediakan dan rasanya yang agak enak. Bagi mereka, mee segera tidak bagus untuk kesihatan kerana mengandungi banyak bahan perasa.


Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa dan antaranya:
136 bahan penambah kebanyakannya adalah bahan kimia yang dibenarkan di dalam mee segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping itu garam makanan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mee segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400mg natrium.
Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mee segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mee segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mee segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.
10 Ramuan Bahaya Dalam Mee Segera
Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.
Jadi kurangkanlah makan mee segera, walaupun murah dan menjimatkan ianya membahayakan kesihatan. Malah, lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas.
Rujukan : Akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

HuKuM MemBeRi HaDiaH KePaDa PenGanTiN


Secara umumnya yang kita lihat kebanyakkan hadirin yang hadir ke majlis perkahwinan akan memberikan hadiah kepada para pengantin. Hadiah ini kebiasaannya dibeirkan oleh kenalan rapat mahupun sanak saudara. Selain itu ada juga turut memberikan hadiah dalam bentuk wang sumbangan. Perkara ini tidak salah dan tidak bertentangan dengan agama Islam. Bukankah memberi hadiah itu antara satu perkara yang baik.
Secara umumnya memberikan hadiah merupakan sesuatu yang dianjurkan oleh Islam. Rasulullah bersabda: “Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.” [al-Adab al-Mufrad, hadis no: 594 dengan sanad yang hasan]


Oleh itu dibolehkan memberi hadiah kepada pengantin semasa majlis perkahwinan mereka. Sebaik-baiknya dipilih hadiah yang bermanfaat seperti al-Qur’an, tafsir al-Qur’an, kitab-kitab hadis dan buku-buku agama yang ilmiah, baik dalam bahasa Arab, Melayu, Indonesia atau Inggeris. Hadiah-hadiah seperti ini dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua pengantin untuk jangka masa yang lama. Selagi mana ia dipelajari dan dipraktikkan, pahalanya akan terus mengalir kepada mereka dan kepada orang yang menghadiahkannya.
Penulis perhatikan ada kecenderungan masyarakat untuk menghadiahkan set gelas air atau cawan teh (coffee and tea set) kepada pengantin. Sebegitu lazim kecenderungan ini sehingga akhirnya bersusun set gelas dan cawan di rumah pengantin. Ia tidak dimanfaatkan dan hanya memenuhi ruang almari dapur. Oleh itu apabila hendak membeli hadiah, pilihlah hadiah yang bermanfaat lagi tersendiri sehingga anda akan diingati oleh pengantin atas keistimewaan hadiah yang anda berikan itu.
Nota Kaki - Sebenarnya ia terpulang kepada kita sama ada untuk memberi hadiah mahupun tidak. Namun berikanlah mereka hadiah berupa bentuk yang boleh memberikan mereka manfaat terhadap pasangan itu nanti. Elakkan memberi hadiah yang membolehkan mereka lalai dan sebagainya. Seeloknya seperti bahan bacaan seperti buku dan sebagainya.

BoLeHKaH MajLis aKaD NiKaH DiaDaKaN Di MasJiD?





Kebiasaannya kita melihat majlis upacara akad nikah diadakan di masjid dan dihadiri oleh para tetamu dan sanak saudara. Namun timbul pula persoalan, adakah boleh diadakan akad nikah di masjid. Hal ini kerana ada yang mengaitkan perbuatan itu seperti mengikuti adat agama yang lain. Majlis Fatwa juga telah mengeluarkan fatwa mengatakan perbuatan itu tidak salah.

Dalam persoalan ini terdapat sebuah riwayat yang bermaksud: “Umumkan (kepada khalayak) pernikahan ini dan jadikan (urusan akad) nya di masjid serta pukullah kompang.”

Berdasarkan riwayat ini, ada yang menganjurkan majlis akad nikah diadakan di dalam masjid. Namun ada juga yang tidak menganjurkannya kerana kekuatan riwayat ini diperbincangan di kalangan ahli hadis. Dalam erti kata lain, ini bukanlah riwayat yang sahih.

Oleh itu, melangsungkan majlis akad nikah di masjid atau di rumah adalah terserah kepada pilihan masing-masing. Boleh melaksanakannya di masjid kerana ia adalah tempat yang mudah dikenali oleh para hadirin, termasuklah oleh jurunikah dan para saksi. Dibimbangi jika dilangsungkan di rumah, jurunikah dan para saksi tidak menemui pula rumah tersebut sehingga tiba lewat dari masa yang dijanjikan.

Pun begitu, boleh juga dilaksanakan di rumah agar ia dapat dihadiri oleh semua pihak khususnya kaum wanita yang mungkin pada saat itu dalam keadaan uzur (sedang haid). Majlis akad nikah yang diadakan di rumah juga membolehkan rakan-rakan dari kalangan bukan Islam turut hadir dan menyaksikan cara kita (umat Islam) bernikah.

Justeru jika diperhatikan secara saksama, terdapat kelebihan dan kekurangan melaksanakan akad nikah di masjid atau di rumah. Ia terserah kepada pilihan masing-masing. Hanya, tidak boleh berkeyakinan bahawa melaksanakan akad nikah di masjid adalah lebih utama dan diberkati, kerana tidak ada dalil agama yang sahih untuk menyokong keyakinan ini. 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
  • Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama’ telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.
  • Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan. Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan.
Nota Kaki - Apa yang paling penting sekali, majlis akad nikah tersebut boleh dijalankan secara teratur dan lancar. Namun apa yang dikesalkan sekarang terdapat tetamu yang hadir melihat majlis akad nikah di masjid tidak menutup aurat dengan sempurna. Hal ini sungguh memalukan kerana seolah-olah tidak menghormati kesucian rumah Allah SWT. Semoga kita memandang tentang isu ini.

12 October 2012

9 BaRanGaN oHseM UnTuK Si PeMaLaS


Anda seorang pemalas? Jika 'Ya', kesemua 9 barang yang tersenarai di bawah bagus untuk anda..!!



Nota Kaki : memang ohsem..!! memang best bagi kaki-kaki pemalas, ini memang memudahkan anda.



11 October 2012

BerKaHwiN DenGaN MaYaT

Seorang lelaki di Thailand sanggup mengahwini mayat kekasihnya yang tidak sempat dia kahwini kerana kesibukan kerja. Satu peringatan kepada kita semua.


Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta. Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi.

Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand. Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook.



Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu. Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.


Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin. Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.


Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas sebuah meja khas. Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga.

Nota Kaki – Kerana kesibukan kerja, lelaki ini terlupa yang mati tidak akan menunggu sesiapa dan inilah yang terjadi. Dia sanggup mengahwini mayat kekasihnya yang mati dalam satu kemalangan sebagai hukuman kepada dirinya yang selalu mengabaikan kekasihnya itu. Peringatan kepada kita semua, jika sudah ada yang berkenan, usahlah tunggu lama-lama, masuklah meminang dan kahwin secepat mungkin. Semoga segala dosa terhindar dan segala nikmat pahala di dapatkan.